Saya bangkit dari sebuah keluarga miskin untuk mencipta nama dalam industri media setempat dan antarabangsa. Alhamdulillah sejak menubuhkan syarikat penerbitan TV, ScreenBox Pte Ltd, pada 1999, saya dapat mencapai penjualan mencecah jutaan dolar.
Tidak mustahil untuk menjadi kaya. Sesiapa saja boleh melakukannya. Anda hanya perlukan panduan, tumpuan dan kegigihan untuk mengejar impian. Lebih-lebih lagi jika panduan itu datang dari mereka yang sudah berjaya terlebih dahulu.
Ayuh, mari kita buat duit! Mulakan perjalanan anda hari ini. Hidupkan impian anda dan dapatkan rahsia kejayaan 10 jutawan Asia!
Sujimy Mohamad
CEO, ScreenBox Pte Ltd
Singapura,
Assalammualakum wr wb,
Saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya saya dapat menghasilkan buku “10 Perkara Saya Pelajari Dari 10 jutawan Asia” sekaligus versi eBook ini.
Sepanjang perjalanan saya sebagai usahawan, tiada yang lebih berharga daripada nasihat, pengalaman dan tunjuk-ajar mereka yang sudah mengecapi kejayaan. Lebih-lebih lagi dari barisan Jutawan-Jutawan Asia yang saya temui.
Kepintaran mereka berniaga dan menjana jaringan kenalan yang saling menguatkan cukup memberi sesiapa saja semangat untuk meneladaninya. Panduan-panduan yang dikongsi dalam buku ini tidak rumit untuk dicontohi malah ia mudah bagi kita amalkan dalam usaha kita setiap hari.
Siapa Sujimy Mohamad?
Saya dibesarkan dalam keluarga miskin. Bapa saya bertugas sebagai seorang pekebun manakala ibunya pula seorang suri rumah. Semasa kecil, bapa saya terpaksa membuat pekerjaan-pekerjaan selain berkebun (seperti membantu kedai minyak) hanya untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Ibu saya pula menjaja kuih untuk menambah pendapatan bapa. Dengan 15 adik beradik (saya nombor 12), kami hidup dalam serba kekurangan.
Atas latarbelakang keluarga saya, saya bertekad, dari remaja lagi, untuk berusaha sedaya upaya agar dapat berjaya dalam hidup.
Saya diperkenalkan kepada dunia penyiaran seawal 16 tahun. Pengenalan itu mencetus berbagai idea dan kegiatan sehingga saya dapat menubuhkan syarikat ScreenBox Pte Ltd. Kini, syarikat penerbitan dan pengiklanan ScreenBox tidak asing lagi dalam dunia media Melayu setempat. Bahkan, ScreenBox kini telah menempah nama dalam pasaran global dengan rancangan-rancangan dokumentarinya yang sudah diedarkan ke lebih 17 negara seluruh dunia. Sejauh ini, syarikat ScreenBox juga telah meraih lima anugerah antarabangsa dan lima anugerah setempat.
Dengan mengamalkan beberapa panduan dan kegigihan berniaga dalam bidang media, Alhamdulillah, cita-cita saya untuk keluar dari lingkaran kesusahan menjadi nyata. Kini saya bukukan pengalaman-pengalaman saya beserta barisan Jutawan-Jutawan Asia agar kita sama-sama bangkit dan meraih kebaikannya.
Mengapa Perlu Kita Belajar Buat Duit dari
Jutawan-Jutawan Asia
Semua para jutawan ada persamaan dalam pemikiran dan pendekatan mereka. Inilah yang membuat mereka lebih cenderung meraih kejayaan dalam usia yang muda lagi.
Dalam buku ini, saya mencungkil 10 perkara yang teramat penting dari semua jutawan-jutawan Asia agar kita dapat sama-sama memanfaatkan faedahnya.
Jika anda ingin berjaya seperti seorang jutawan, anda mesti tahu ciri-ciri dan mengenali tabiat-tabiat jutawan supaya senang anda amalkan.
Antara barisan Jutawan Asia yang
dipaparkan dalam buku ini
Vikrom Kromadit, jutawan Thailand
Datuk Siti Nurhaliza, ratu pop dan jutawan muda Malaysia.
Adam Khoo, pakar motivasi, usahawan dan jutawan Singapura
Mohamed Ismail Abdul Gafoor, tokoh hartanah dan jutawan Singapura.
Kyi Hla Han, pemain golf profesional & jutawan Myanmar
Yeap Swee Chuan, jutawan asal Malaysia yang menempah nama di Thailand.
Dan banyak lagi!
Petikan Jutawan
Jutawan Pertama....
“Saya rasa ramai jutawan di luar sana yang tidak mempunyai ijazah. Kebanyakan jutawan menjadi jutawan bukan sebagai pekerja. Mereka tidak mempunyai kelayakan atau berpendidikan tinggi tetapi mereka mempunyai kelebihan berinteraksi dan bergaul atau EQ, mereka berfikir secara logik tapi kreatif, mereka sanggup mengambil risiko, melabur dan memulakan sesuatu. Mereka tidak semestinya berpendidikan tinggi.”
Mohamed Ismail Abdul Gafoor,
Tokoh Hartanah dan Jutawan Singapura.
Jutawan Kedua
“Selagi kita mempunyai tekad, cita-cita yang kuat dan sanggup berusaha gigih, kita boleh jadi apa juga yang kita inginkan, lebih dari seorang jutawan. Siti rasa mimpi dan impian boleh menjadi kenyataan jika kita berani dan jujur dalam apa yang kita lakukan.”
Datuk Siti Nurhaliza,
Ratu Pop dan Jutawan Muda Malaysia.
Jutawan Ketiga
Saya hanya berfikir secara positif, saya cuba sedaya upaya untuk melupakan perkara yang buruk, dan biar apa pun yang terjadi, saya cuba untuk tidak berfikir secara negatif. Yang utama ialah untuk melihat ke depan, kerana walau anda tidak mengendahkan hari esok, ia tetap akan datang.”
Masataka Tomozoe,
Usahawan & Jutawan Jepun
"TAWARAN HEBAT "
Jika anda membeli buku saya ini sekarang, saya akan memberi anda transkrip temubual penuh bersama Datuk Siti Nurhaliza semasa kami bertemu beliau dalam rancangan terbitan syarikat saya berjudul The Million-Makers.
Transkrip penuh ini cukup memberi anda gambaran bagaimana Datuk Siti berjaya menawan pasaran dengan sikap penuh rendah diri. Dan bagaimana beliau mengharungi cabaran sebagai penyanyi dan peniaga. Dan lebih penting lagi, bagaimana beliau menjana perjalanan menjadi seorang Jutawan Muda.
Transkrip ini tidak boleh dibeli di mana-mana dan saya sediakan PERCUMA bagi sesiapa yang melanggani buku saya secara online.
Dapatkan Ebook Ini Sekarang !
Ya ! Saya nak dapatkan ebook ini.
Tak ! Saya lebih suka baca buku Paperback.
Akhir kata, saya ucapkan dan sekaligus mendoakan, agar anda berjaya mencapai impian anda!