Pengacara boleh buat duit. Maintain adalah Kuncinya.
Posted on 08. Jul, 2009 by Sujimy in Blog, Training, TV Presenter
Saya akui seorang pengacara boleh buat duit dengan selesa jika dia boleh “maintain” tahtanya sebagai pengacara.
“Maintain” dalam erti kata “bertahan”. Kalau anda baru saja berjinak-jinak menjadi pengacara sambilan memang susah nak menyokong kenyataan ini kerana anda mungkin belum terdedah kepada peluang-peluang pengacaraan yang lebih besar.
Saya dulu mulanya sebagai pengacara sambilan. Saya juga sudah melalui menjadi seorang DJ bawah blok. Tak perlu malu menjadi DJ bawah blok kerana asas pergaulan kita dengan pendengar di bawah blok secara “live” cukup memberi pengalaman yang bermakna.
Tetapi anda tidak seharusnya selesa menjadi DJ bawah blok sahaja. Anda mesti mencari jalan untuk keluar dan bersaing di medan yang boleh mendatangkan hasil yang baik. Medan yang saya maksudkan adalah wadah Televisyen. Tidak kiralah jika anda bermula sebagai DJ radio, pengacara majlis-majlis tertentu atau pengacara pentas, anda mesti cuba melangkah ke bidang TV. Kerana bidang TV itu adalah “The Big Game”. Saya sudah melaluinya dan sudah dapat akui kesannya terhadap kerjaya anda sebagai pengacara.
Jadi, sebagai langkah pertama, anda mesti mencari jalan dan peluang bagaimana anda boleh melonjak ke wadah TV. Berkenalanlah dengan seberapa ramai penerbit TV yang boleh membantu anda. Tetapi anda harus berwaspada kerana saingan dan tuntutan di kaca TV itu amat hebat. Kalau tak boleh maintain, tak boleh bertahan. The Big Game has Big Challenges!
Antara cabaran yang akan anda lalui adalah bagaimana anda boleh dipilih setiap kali pihak TV inginkan seorang pengacara. Anda mesti peka bahawa setiap pengacara ada kekuatan masing-masing. Jangan jadi jack of all trade. Maksud saya, anda mesti mencari pengkhususan (niche) anda. Kalau anda baik dalam mengacarakan rancangan hiburan – berikan tumpuan anda supaya anda menjadi yang terbaik dalam genre itu. Jika anda lebih cenderung kepada rancangan informasi dan hal ehwal semasa, teruskan di bidang itu. Kerana, bila seorang penerbit ingin mencari seorang pengacara, mereka akan mencari seorang yang “sesuai”. Ini bermakna anda mesti ada kekuatan untuk mendukung rancangan itu. Jika anda seorang pengacara di mana kekuatan anda tidak menyerlah dan tertumpu pada mana-mana bentuk rancangan, sukar bagi penerbit TV untuk memilih anda.
Apakah faktor yang boleh membuat seorang pengacara itu bertahan lama?
Banyak perkara sebenarnya. Sikap profesional, tingkah laku, kelakonan dan kebolehan anda “ad lib” (menambah bicara secara spontan) adalah antara faktor-faktor itu.
Seorang pengacara lelaki agak bertuah sedikit kerana TV boleh mengambil seorang lelaki yang botak, berbadan gemuk, malah ada yang tiada rupa, untuk mengacara. Asalkan mereka ada personaliti, berkebolehan atau “kena” dengan rancangan itu. Tidak adil? Begitulah hakikatnya dan hal ini bukan sahaja berlaku di Singapura malah di seluruh dunia. Lihat sahaja kaca TV anda dan renungkan hal ini.
Bagaimana seorang pengacara boleh buat duit?
Ok ini yang menarik. Bila anda mengacara adakan matlamat jangka panjang. Kerana bidang pengacaraan sama seperti kita menjual kereta vintage. Lebih lama kita berada di pasaran, lebih berharga.
Dengan itu anda mesti faham bahawa bidang pengacaraan tidak seperti bermain saham. You can’t make a killing at one sale. Anda mesti terus berusaha agar anda sentiasa dipilih dan sentiasa berada di kaca TV. Kerana bila anda selalu berada di kaca TV, peluang-peluang lain akan timbul.
Jadi maintain gerak langkah anda dalam bidang ini. Jangan fikirkan hal duit terlalu banyak bila anda mengacara kerana prestasi anda akan menurun. Fikirkan mutu prestasi anda dan duit itu akan datang sendiri.






nico
16. Jul, 2009
i’ll take ur advised for tt one~~
:>
fifiey
03. Aug, 2011
i berminat page ni..dan i jugak amat berminat menceburi bidang ini…tp, masalah nye saya tak tahu dimana mahu bermula…
Sujimy
04. Aug, 2011
Nico: Thanks for visiting my Blog.
fifiey: You just need to get out there and try out for auditions. If you know any Production House or TV station is doing casting, you should write in and check it out. We do sometimes make audition calls. Go to our company FB page:http://www.facebook.com/ScreenBox we do announce upcoming calls there. Good luck.
siti
30. Sep, 2011
Thank you for the article abg jimy.
Tomorrow i am going to have hosting class for islamic documentary.we will having our audition on this sunday.
the problem is i confident about myself .i have the beautiful inside me.i think i got the talent..even oprah,she didn’t have beauty that fascinated people.but she great in present herself.
siti
30. Sep, 2011
*not quite confident..advice me sir .thank you.
Sujimy
16. Oct, 2011
Hi Siti, I hope your audition went well! Yes you are right, when you are beautiful inside, what we project will be beautiful too. Just remember, when you are a presenter, its all about the show you are presenting. Don’t make it about you. A good example is Carson Daily from The Voice. When he presents, he never make the show about himself. Its always about the show. Some new presenters make this basic mistake. All the best!!
onie
21. Oct, 2011
tq so much for sharing bro…
i selalu jadi emcee for wedding function n annual dinner…some tips for me to be more creative ..tq.
Sujimy
22. Oct, 2011
Saya juga pernah menjadi DJ bawah blok di Singapura. Saya rasa menjadi emcee majlis persandingan dan makan malam adalah satu tugas yang menarik. Apa yang selalu saya lakukan adalah membuat segmen “ehwal semasa” yang agak ringan untuk ditelan tetamu yang hadir. Kerana saya rasa hiburan tanpa informasi adalah wadah sia-sia. Kita selitkan secara kreatif apa saja yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat.
amy
31. Oct, 2011
sya mmg interested sgt dalam bidang pengacaraan..tp mcm mana nk mlangkah ke dunia pengacaraan kat tv???
Hazriq
01. Nov, 2011
Tuan, artikel ini sangat menarik!
Terima kasih!
Sujimy
12. Nov, 2011
Cara yang paling mudah adalah dengan mencari seorang penerbit yang boleh memberi anda peluang. Hantarkan pita rakaman anda ke seberapa banyak syarikat penerbitan yang anda tahu. Check out http://www.smf.sg ada senarai semua syarikat penerbitan di Singapura. Good luck!
Sujimy
12. Nov, 2011
Terimakasih Hazriq!!!