Sujimy.com » Blog
Don’t forget to attend ATF next year.
Para peserta Asia Television Forum semakin bertambah setiap tahun. Jika anda berminat untuk menerbit dan menyebarkan kandungan TV, anda mesti menghadiri acara ini.
Bila saya menghadirinya awal Disember ini di Marina Bay Sands, saya dapati banyak peluang terbuka untuk kita berkenalan dengan penerbit dan pengedar serantau dan antarabangsa.
Selalunya dalam acara begini kita boleh:
1. Mencari peluang kolaborasi bersama penerbit serantau. Dengan dana baru yang dikenalkan MDA, anda pasti boleh mengembangkan taraf penerbitan anda.
2. Mempelajari kehendak penonton antarabangsa menerusi forum dan pengedar yang ada di sana.
3. Berkenalan dengan stesen television Asia dari Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, China, Australia, UK dan banyak lagi. Inilah satu tempat anda boleh bertemu mereka dalam masa 3 hari. Kita boleh tanyakan secara langsung apakah jenis kandungan TV  yang mereka inginkan. Tak perlu belanja besar ke luar negeri. Lagipun, bagi syarikat penerbitan Singapura, kita tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk menyertai acara ini. Lumayan kan?
4. Mengemaskini pengetahuan kita dalam industri Televisyen. Industri ini sentiasa berubah dan kita dapat mengejar perkembangannya menerusi acara seperti ini.
Bagi anda yang sudah menghadiri acara ini, saya ucapkan syabas!
Jadi jangan lupa bersama ATF tahun hadapan ok? Hope to see you there!
Kita maju bersama!
Pandangan saya tentang Wisma Geylang Serai
Terus terang saya katakan saya amat gembira bila mendengar tempat ini akan mendapat bangunan baru. Masanya memang tepat sekali.
Tetapi apakah yang harus ada dalam bangunan ini agar ia dapat ‘hidup sendiri’ satu hari nanti? Apa yang saya maksudkan dengan ‘hidup sendiri’ adalah ia menjadi satu bangunan yang menguntungkan pengunjung dan peniaga yang berada di sana. i.e. The tenant mix and visitor-circulation MUST BE self-sustaining.
Dewasa ini, kita sudah terlalu banyak melihat contoh bangunan-bangunan yang canggih tetapi tidak berupaya menjadi tarikan bagi para pengunjung. Bangunan SCAPE misalnya. Peniaga-peniaga di sana sukar mendapat pengunjung yang boleh menyokong perniagaan mereka. Mengapa? Ada beberapa sebab. Lokasinya, adunan peniagaan dan kedai-kedai di sana dan banyak lagi. Tetapi yang sering menjadi sebab utama mengapa sesebuah bangunan tidak dapat menarik pengunjung adalah adunan perniagaan atau adunan penyewa (tenant mix) di bangunan tersebut. Jika adunan penyewa tidak baik, bangunan ini tidak akan dapat bertahan lama.
Kita lihat sahaja bangunan 10 Mile Junction. Dahulu bangunan ini langsung tidak dilanggani pengunjung kerana tiada adunan penyewa yang baik. Tetapi setelah mereka mengambil penyewa utama (i.e. key tenant) pasaraya Sheng Siong, tempat ini sudah mula menjadi popular dan mendapat kunjungan ramai penduduk.
Ini tidak bermakna saya sarankan Sheng Siong berada di Wisma Geylang Serai. Tidak. Apa yang kita harus lakukan ialah menyelidik apakah adunan penyewa yang terbaik untuk bangunan ini. Sebelum kita membuat keputusan muktamad, kita dapatkan dahulu nasihat dari mereka yang sudah menguruskan bangunan seperti ini agar ia boleh mekar hidup sendiri.
Sebenarnya, untuk membuat bangunan ini berjaya, ia bukanlah soal samada kita harus menempatkan perniagaan Melayu sahaja atau soal samada kita harus juga ada perniagaan bukan Melayu. Kerana perbincangan sebegini tidak boleh menyokong daya tarikan bangunan ini. Sebaliknya kita mesti cari bentuk adunan penyewa yang paling sesuai dari aspek ekonomi dan aspek tarikan. Jika adunan ini betul, maka ia boleh lama bertahan.
Saya beri contoh. Seperti yang kita tahu, hampir kesemua pusat membeli-belah yang berjaya  mesti mempunyai Panggung Wayang. Ia menepati permintaan rakyat Singapura yang suka menonton wayang. Mengapa tidak kita adakan sebuah Panggung Wayang di dalam bangunan Wisma Geylang Serai sebagai penyewa utama? Tetapi panggung wayang ini ada kelainannya. Ia menggalakkan tayangan filem Melayu sebagai  keutamaannya. Maksud saya, ia menayangkan filem berbahasa Melayu, filem yang dialih-bahasakan Melayu atau filem dengan sarikata Melayu. Ia boleh menayangkan filem bahasa lain tetapi ia tidak menjadi keutamaan. Ini boleh menjadi tarikan bukan sahaja kepada peminat filem Melayu, malah juga penerbit filem Melayu. Ini akan menggalak lebih ramai untuk menghasilkan filem-filem Melayu. Kerana, seperti yang kita tahu, di Singapura tidak terdapat banyak panggung wayang yang menyokong tayangan filem Melayu. Ini kenyataan.
Jadi apa saja yang ingin kita adunkan di Wisma Geylang Serai, ia harus menepati permintaan ekonomi dan, lebih baik lagi, jika aspek ekonomi itu menepati citarasa orang Melayu.
Adakan focus group dengan pengunjung muda, dewasa dan warga emas. Tanyakan apa yang membuat mereka mengunjungi sesebuah bangunan berkali-kali.
Kita boleh sama-sama menjayakan projek ini.
Selamat maju jaya semuanya!
Makan Boomz Kembara
Alhamdulillah, rancangan terbitan ScreenBox ini sudahpun mula disiarkan setiap Khamis, 8.30malam di Suria. Bagi musim yang kedua ini kami keluar negara untuk mencari makanan asli dan membandingkannya dengan makanan klon di Singapura.
Kalau kita perhatikan, makanan boleh mempengaruhi gerak laku sesebuah masyarakat. Misalnya, Phat Thai. Di Thailand, satu ketika dahulu, mereka mengalami kekurangan beras. Lalu pihak berkuasa di sana merancakkan kegiatan mempromosikan Phat Thai di seluruh negara agar rakyatnya menukar selera daripada nasi ke Phat Thai. Mereka menyebarkan resipi Phat Thai ke seluruh negara dan ia berjaya menjadi makanan harian orang Thailand. Anda boleh melihat episod Phat Thai ini minggu hadapan.
Tetapi jika anda ingin menonton episod-episod yang lalu, semuanya boleh di tonton di www.xinmsn.com/makanboomz . Dibawah adalah video episod kedua:
<object id="fobvg648" width="432" height="418" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="flashvars" value="player.v=cf3ad958-171d-4769-82d5-84500b8aa113&configCsid=MSNVideo&configName=syndicationplayer&mkt=en-sg&brand=v5%5e544x306&linkoverride2=http%3a%2f%2fvideo.xin.msn.com%2f%3fmkt%3den-sg%26vid%3d%7b1%7d%26from%3dnull&linkback=http%3a%2f%2fvideo.xin.msn.com%2f" /><param name="base" value="." /><param name="quality" value="high" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowScriptAccess" value="always" /><param name="wmode" value="transparent" /><param name="src" value="http://img.widgets.video.s-msn.com/fl/customplayer/current/customplayer.swf" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="pluginspage" value="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" /><embed id="fobvg648" width="432" height="418" type="application/x-shockwave-flash" src="http://img.widgets.video.s-msn.com/fl/customplayer/current/customplayer.swf" flashvars="player.v=cf3ad958-171d-4769-82d5-84500b8aa113&configCsid=MSNVideo&configName=syndicationplayer&mkt=en-sg&brand=v5%5e544x306&linkoverride2=http%3a%2f%2fvideo.xin.msn.com%2f%3fmkt%3den-sg%26vid%3d%7b1%7d%26from%3dnull&linkback=http%3a%2f%2fvideo.xin.msn.com%2f" base="." quality="high" allowFullScreen="true" allowScriptAccess="always" wmode="transparent" allowfullscreen="true" allowscriptaccess="always" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" />Video: Episode 2</object>
Penerbitan Makan Boomz Kembara ini cukup mencabar:
1. Kami merakamkan setengah inti rancangan ini sebelum bulan puasa. Dan kami terpaksa menghentikan rakamannya semasa bulan Ramadan kerana semua kru penerbitan & pengacara tak boleh nak makan!! Kami sambung rakaman diluar negara secara intensif selepas bulan Ramadan agar dapat mengejar tarikh ia disiarkan. Nasib menyebelahi kami kerana kami dapat pulang sebelum banjir melanda Bangkok. Alhamdulillah.
2. Chef Bob sakit sewaktu di Bangkok. Risau juga kami dibuatnya bila Chef Bob sakit. Kerana semua resipi klon adalah hasil karya Chef Bob sendiri. Tetapi beliau sungguh profesional menjalankan semua rakaman sehinggakan kami dapat menghabiskan semua kerja.
3. Banyak kegenjotan diluar jangkaan kami samada di Singapura mahupun luar negara. Misalnya, kapalterbang tidak mahu berlepas atas sebab-sebab ada penumpang yang takut naik ke udara.. Sempat kami rakamkan saat-saat ini di vlog Makan Boomz Kembara dalam yang boleh di tonton di xinmsn.
Saya juga dapati chemistry pengacara-pengacara Makan Boomz Kembara semakin rapat. Ini boleh kita lihat dalam pergaulan mereka semasa rakaman. Lihat saja penjelasan Suhailla Salam dalam video rakaman disebalik tabir ini:
Antara sebab chemistry para pengacara Makan Boomz Kembara begitu baik adalah atas kesudian mereka mengambil watak masing-masing sebagai wartawan yang Laser (Khai), Diva (Suhailla) dan Chef (siapa lagi kalau bukan Chef Bob).
Terimakasih kepada kakitangan ScreenBox, para pengacara & kru penerbitan atas kerja keras anda.
Saya berharap semua penonton meraih informasi yang hendak kami paparkan dalam rancangan ini.
Lunsuri halaman muka facebook untuk Makan Boomz Kembara di sini. Kami hargai sokongan anda!
Selamat menonton!
Mengapa saya rasa Berita di TV harus disiarkan ke semua saluran
Saya kagum dengan langkah BeritaOnSuria yang kini sudah berada di Facebook. Inilah cara baik untuk mendekatkan kandungan penting ini kepada masyarakat. Sememangnya kandungan berita adalah untuk semua lapisan masyarakat.
Saya percaya kita boleh mengembangkan siaran Berita  agar ia boleh dikeudarakan di semua wadah televisyen yang lain.
Mengapa?
Seperti yang kita ketahui, kandungan berita disokong wang masyarakat (taxpayers money) dan ia mesti ditempatkan di seberapa banyak wadah yang ada agar semua lapisan masyarakat dapat menontonnya dengan mudah. Sehingga kini, Berita hanya disiarkan di satu saluran sahaja iaitu di saluran Suria. Oleh kerana dewasa ini kita sudah ada 5 pilihan saluran kandungan Melayu yang lain di Singapura seperti Sensasi, mio Aruna, Mio Ria, MNC & OneMalay, kita harus memikirkan soal ini semasak-masaknya. Kerana kesannya agak mendalam.
Dengan adanya berbagai pilihan saluran berbentuk Melayu, sudah tentu tontonan masyarakat Melayu Singapura akan ‘berpecah’ dan tidak tertumpu hanya pada satu saluran sahaja.
Maksud saya, jika dahulu, sebelum adanya semua saluran-saluran alternatif ini, hampir semua penonton akan didedahkan dengan kandungan Berita tepat pada jam 8 malam. Hari ini, kalau kita tanya orang ramai di manakah tumpuan tontonan mereka pada jam 8 malam, tentu jawapannya tidak menentu. Ada yang tonton Suria, ada yang menonton Sensasi, ada yang menonton mio TV, ada yang berada di online dan ada yang langsung tidak menonton sebarang kandungan TV. Ini memang perkara yang tidak dapat dielakkan dengan adanya pelbagai sumber media di luar sana.
Tetapi  tontonan masyarakat kita yang berpecah-belah ini boleh dikawal.
Apa yang ingin saya sarankan adalah kita menyiarkan Berita jam 8 Malam ini kepada semua saluran TV yang mempunyai kandungan berbentuk Melayu. Ya, bukan saja di Suria, tetapi di Sensasi, di mio TV dan lain-lain saluran alternatif.
Ini penting kerana kita mesti mendekatkan kandungan Berita kita kepada semua lapisan masyarakat. Semua saluran mesti mendukung kandungan Berita. Jika tidak, mesej-mesej penting yang hendak disebarkan menerusi Berita tidak akan sampai ke semua penonton. Hari ini, tidak cukup ia dikembangkan di online kerana ada juga sekumpulan penonton yang langsung tidak ada di alam maya.
Dengan cara ini juga, kita benar-benar memaksimakan dana PSB (Public Service Broadcast Fund) yang diperuntukkan bagi penerbitan Berita.
Saya turut yakin jika semua penonton ‘dimestikan’ menonton Berita, banyak mesej yang berfaedah (serta hal ehwal semasa) akan sampai ke setiap golongan masyarakat kita.
Ini sudah dilakukan di negara jiran. Indonesia misalnya, bila saja waktu Berita, semua saluran TV akan menyiarkannya secara serentak. Saluran daerah akan mengambil ‘news feed’ atau sumber berita dari Saluran Nasional secara langsung. Ia dimestikan dan secara serentak seluruh Indonesia akan menonton kandungan Berita.
Oleh kerana negara kita lebih kecil, kita tidak harus ada masalah menyiarkan Berita secara langsung (dan serentak) ke semua wadah saluran TV yang ada.
Bila kita mempunyai slot Berita yang dimestikan ke atas semua wadah televisyen (Free-to-Air & Cable), kesan jangka panjangnya adalah sangat bermanfaat. Masyarakat akan lebih prihatin tentang hal ehwal semasa. Dan tidaklah kita membiarkan masyarakat memilih kandungan hiburan bila semuanya harus mengambil berat tentang kandungan hal ehwal semasa. Lagipun, lebih banyak baiknya bila semua masyarakat ‘satu hati’ menonton kandungan yang amat penting ini secara serentak.
Saya hanya khuatir jika kandungan Berita dikhususkan kepada satu saluran TV sahaja, ramai yang akan terbiasa dengan ketiadaan kandungan ini dalam hidup mereka – lebih-lebih lagi jika saluran-saluran alternatif adalah sumber media utama mereka. Jika sudah terbiasa, mereka akan menganggapnya sebagai tidak penting. Bila kandungan ini sudah dianggap tidak penting, ramai yang akan ‘buat hal sendiri’ dan kita, satu hari nanti, akan menjadi masyarakat yang tidak peka.
Kita boleh cuba dengan siaran serentak pada hujung minggu dahulu. Kemudian berpindah ke hari-hari biasa.
Jika anda setuju dengan saranan saya, kongsilah blog ini. Saya harap pihak-pihak yang boleh menggerakkan idea ini dapat sama-sama membincangkannya.
Media untuk semua.
Datang kerja mesti awal…
Saya suka kepada pekerja yang datang awal. Kerana tabiat ini adalah petanda besar seorang pekerja itu ada disiplin dan juga prihatin tentang waktu ia diperlukan di tempat kerja.
Di dalam buku saya, saya ada menceritakan bagaimana dulu – bila saya bekerja di stesen televisyen – saya bertekad datang lebih awal setiap hari. Alhamdulillah, saya dapat melakukannya. Saya akan ada di pejabat satu atau satu setengah jam lebih awal dari waktu yang diperlukan. Dengan datang awal, saya banyak menghabiskan kerja-kerja baru yang diberikan bos saya pada hari sebelumnya. Jadi bila bos saya tiba pada pukul 9 pagi, semua kerja sudah saya letakkan  di atas mejanya untuk disemak. Tabiat ini telah membuat saya berupaya dinaikkan pangkat beberapa kali dan juga dapat menarik perhatian CEO saya pada ketika itu (kalau ingin tahu bagaimana saya dapat menarik perhatian CEO saya dengan tabiat awal saya, bacalah buku saya “10 perkara saya pelajari dari 10 jutawan Asia.“)
Oleh kerana saya sudah terbiasa dengan tabiat awal, saya menjadi pantang bila pekerja datang lewat. Kerana bila seorang pekerja datang lewat, mereka tidak dapat mengejar dateline dan kadang-kala terpaksa mengambil masa selepas waktu pejabat untuk menghabiskan kerja. Tabiat itu juga boleh menyebabkan seseorang tidak menghormati waktu. Ini boleh menjejas prestasi dan kemahiran mereka mengatur jadual projek.
Sebenarnya bila kita datang lambat, ia memberi satu tanda jelas kepada majikan kita yang kita tidak serius dengan waktu kerja kita. Bila kita tidak serius, majikan juga merasakan kita belum bersedia mendukung tugasan yang lebih besar. Kerana tugas dan tanggungjawab yang lebih besar memerlukan seseorang yang berdisiplin dengan waktu. Dan orang yang berdisiplin boleh dijadikan contoh kepada pekerja-pekerja lain. Seperti yang kita tahu, tugas dan tanggugjawab yang lebih besar juga bermakna gaji yang lebih besar. Jadi jika kita inginkan gaji yang lebih besar, kita mesti mulakan dari rumah – iaitu, pukul berapa kita keluar rumah? Pukul berapa kita sampai kerja?
Jika ini dapat diubah, sudah tentu perkara-perkara lain tidak menjadi masalah. Buatlah setiap hari dan lihat sendiri kesannya!
Semoga berjaya!!
Is that time again…. MIPCOM.
Yes I am in Cannes once again to attend MIPCOM. The world’s content marketplace. This time my trip was special.
Sebelum saya ke Cannes, saya singgah ke Paris dan dapat bertemu dengan sahabat saya, Shafie Shamsuddin (Executive Director Global Talent Management & Organisational Development). Beliau dan keluarganya dengan baik hati melayani saya dengan masakan Melayu yang cukup enak!! Saya tidak rasa saya berada di Paris ketika itu kerana, selalunya bila saya ke mari, saya hanya dapat makan roti dan keju! Tapi kali ini, cukup istimewa.
Esok saya akan mulakan semua mesyuarat saya dan jadual kali ini agak padat. Kalau pada bulan April lalu saya hadir di sini seorang saja, kali ini saya membawa kakitangan saya agar kita dapat menggandakan jumlah mesyuarat. Dulu saya tak sempat bertemu semua yang ingin saya temui. Saya berharap kami dapat mendekati beberapa stesen-stesen antarabangsa yang baru – untuk bekerjasama.
Saya harap anda berada dalam keadaan tenang dan sejahtera.
Yang sedang merindui keluarga….. Sampai kita jumpa lagi!
Selamat Hari Raya!
Saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua khususnya pembaca blog saya. Dengan iringan doa dan harapan agar anda mendapat ketenangan dan ketenteraman pada Syawal ini.
Maaf zahir batin jika ada terkasar bahasa.
Iklan Zakat 2011
Saya bersyukur kerana mendapat peluang sekali lagi tahun ini untuk menghasilkan dua iklan Zakat. Untuk pengetahuan anda syarikat kami, ScreenBox, sudah menghasilkan kempen Zakat sejak tahun 2000 untuk Muis. Dan secara peribadi, saya amat bersyukur kerana diberi tanggungjawab yang benar-benar saya hargai ini.
Saya masih ingat lagi perjalanan kami membangunkan kempen zakat di Singapura.
Sebelum tahun 2000, kita belum ada kempen pengiklanan Zakat yang menggunakan dan menyatukan semua bidang media. Kadar pungutan wang zakat juga meningkat tidak seperti yang diinginkan. Jadi setelah kami kaji keadaan pasaran dan maklum balas dari pembayar zakat, kami mula memikirkan apa yang perlu untuk meningkatkan pungutan wang zakat.
Pada tahun 2001 kami usulkan agar kempen Zakat berlandaskan tema Kau Istimewa. Iaitu para penerima zakat (8 golongan asnaf) adalah golongan istimewa yang harus dibantu. Tema ini juga berteraskan ketulusan mengagihkan wang zakat. Untuk melaksanakan dua tujuan itu, maka terlahirlah rancangan Kau Istimewa.
Kau Istimewa Opening from ScreenBox Pte Ltd on Vimeo.
Kempen ini kami luaskan ke media radio, media cetak dan risalah. Rancangan dan tema Kau Istimewa cukup berkesan dan dapat meningkatkan pungutan zakat berlipat ganda. Kalau sebelumnya hanya dalam sekitar 9 hingga 10 juta dollar setahun, kempen Kau Istimewa menghasilkan 13 hingga 14 juta dollar setahun. Antara sebab peningkatan ini adalah pembayar zakat sudah mula nampak, secara visual, di mana dan kepada siapa wang zakat diagihkan. Pengagihan wang zakat yang sememangnya tulus setiap tahun.
Selang beberapa tahun Kau Istimewa terus meneraju usaha memungut zakat sehinggalah 2 tahun lalu bila tema ini ditukar kepada yang baru.
Tahun ini kami usulkan agar kita sebarkan usaha-usaha keihsanan masyarakat Islam Singapura dalam kempen zakat. Kerana semakin ramai rakyat Singapura yang sudah maju dan berada lalu kita juga tidak mahu melihat keadaan orang-orang yang benar-benar memerlukan terbiar begitu sahaja.
Keihsanan kita boleh membangun dan melindungi mereka.
Sekarang ini versi iklan Zakat yang dikeudarakan di Suria adalah versi 1 minit. Di sini, saya lampirkan versi 1 minit 44 saat bagi dua versi iklan zakat bagi tahun 2011:
Zakat 2011 TVC (TUMBUH:Grow) from ScreenBox Pte Ltd on Vimeo.
Zakat TVC 2011  (PAYUNG:Umbrella) from ScreenBox Pte Ltd on Vimeo.
Sebarkan Keihsanan.
Selamat Menyambut Ramadan
Saya ingin mengucapkan kepada semua pembaca dan pelawat blog saya Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga Ramadan ini membawa kemenangan kepada anda sekeluarga.
Saya dapati setiap Ramadan adalah masa yang terbaik untuk kita merenung apa yang sudah kita kecapi, serta menilai samada kita sudahpun menjalankan amanah kita sebagai khalifah dunia ini.
Saya doakan anda sentiasa mendapat keberkahan Allah sepanjang Ramadan ini.
Tanam, baru boleh tumbuh.
Bila saya ke Jakarta semalam, seorang lelaki waras dan lebih tua mula berbual dengan saya di dalam kapalterbang. Entah mengapa topik perbualan kita begitu rancak. Daripada hal politik, anak-anak, bisnes dan banyak lagi. Langsung tak perasan 1 jam 45 minit sudah berlalu.
Antara yang beliau kongsi adalah konsep mencari rezeki. Beliau mengatakan ramai orang sentiasa berdoa dan mengharapkan rezeki yang banyak. Tetapi usahanya tidak sebanyak doanya. Lalu tidak bisa ketemu, katanya. Beliau menambah, “jika tidak ditanam, maka mana bisa tumbuh.” Maksudnya, jika inginkan sesuatu, harus mahu melakukan sesuatu. Mengharap secara berdiam diri tidak akan menghasilkan apa-apa. Konsep mengharap itu harus diiringi usaha.
Ini sememangnya “common sense” ya tetapi malangnya ia bukan “common practise”. Jadi jika kita mengharap rezeki setinggi gunung, adakah usaha kita juga bagaikan setinggi gunung? Saya yakin Allah Yang Maha Esa akan memberi ganjaran yang luarbiasa kepada sesiapa saja yang sanggup melakukan usaha yang lebih dari biasa.
Di hujung perbualan kami saya dapati orang yang saya temui ini adalah tauke besar yang berasal dari Riau. Beliau sudahpun berjaya menghasilkan sebuah perniagaan dan tinggal di rumah yang agak mahal di Singapura. Cara beliau mengurus perniagaan, keluarga dan percakapannya agak halus tetapi berkesan.
Bila saya tanyakan bagaimana beliau menyelesaikan masalah anak-anaknya yang suka bergaduh, beliau berkata, “Kita mesti selalu membuat anak kita berfikir atas segala apa yang mereka lakukan. Misalnya, pernah sekali anak saya yang lebih dewasa merasa tidak senang dengan adiknya yang agak kecil. Adiknya sering menganggunya. Dengan tenang saya beritahu anak saya yang dewasa – cuba kamu fikirkan, seekor harimau yang ganas boleh dibela menjadi binatang permainan sarkis, inikan pula anak yang kecil. Sudah tentu boleh diajar dan dipimpin. Setelah mendengar perumpamaan itu, anak saya yang dewasa terus mencari jalan untuk memimpin adiknya yang tidak pernah beliau awasi.”
Begitulah perwatakan orang yang saya temui baru-baru ini. Saya berharap saya dapat bertemu dengan lebih ramai peniaga yang sudi berkongsi pengetahuan. InsyaAllah.
Sampai kita jumpa lagi.