top

Sujimy Mohamad
CEO, ScreenBox Pte Ltd
Singapura,

Assalammualakum wr wb,

Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur kepada Allah yang telah memudahkan usaha kami untuk menghasilkan program audio 10-modul ini. Semuanya bermula 2 tahun yang lalu bila Abang Abu berbincang dengan saya bagaimana kita boleh mengongsi pengetahuan serta memanfaatkan mereka yang ingin membuka perniagaan.

Mengapa Perlu Ramai Lagi Usahawan

Kami berdua percaya masyarakat Melayu/Islam harus melahirkan lebih ramai peniaga di masa-masa akan datang.

Setelah beberapa pertemuan, kami menyarankan agar menghasilkan audio CD yang boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin menyiapkan diri untuk berniaga.

Begitulah secara ringkas bagaimana SIAP BERNIAGA DALAM 10 HARI  dilahirkan.

Pernahkah anda idamkan perniagaan yang berjaya tetapi kurang pasti cara dan ciri-ciri penting untuk mengendalikannya? Ayuh bersama saya dan Abang Abu  dalam program audio yang memberi anda pengetahuan lengkap membina perniagaan anda DALAM 10 HARI!

Dalam program audio CD ini, anda boleh meraih ilmu menyiapkan diri dalam segala aspek: Membina Keyakinan, Pemasaran, Pengiklanan, Mencari Modal Perniagaan, Menarik Pelaburan, Memperbaiki Cashflow, Mencari & Melayan Pelanggan, Tunggak Niaga, Bertahan Dalam Krisis, Meningkatkan Keuntungan dan banyak lagi!

dvd

 

Siap Berniaga Dalam 10 Hari juga menampilkan Ustaz Syed Mustafa Alsagoff (modul ke-10) yang menerangkan perniagaan dari segi Islam.

Produk ini sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk berniaga dan para peniaga yang ingin mengembangkan usaha niaga mereka.

Selamat maju jaya semua!

 

 

Siapa Sujimy Mohamad?

sujimy standingSaya dibesarkan dalam keluarga miskin. Bapa saya bertugas sebagai seorang pekebun manakala ibunya pula seorang suri rumah. Semasa kecil, bapa saya terpaksa membuat pekerjaan-pekerjaan selain berkebun (seperti membantu kedai minyak) hanya untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Ibu saya pula menjaja kuih untuk menambah pendapatan bapa. Dengan 15 adik beradik (saya nombor 12), kami hidup dalam serba kekurangan.

Atas latarbelakang keluarga saya, saya bertekad, dari remaja lagi, untuk berusaha sedaya upaya agar dapat berjaya dalam hidup.

Saya diperkenalkan kepada dunia penyiaran seawal 16 tahun. Pengenalan itu mencetus berbagai idea dan kegiatan sehingga saya dapat menubuhkan syarikat ScreenBox Pte Ltd. Kini, syarikat penerbitan dan pengiklanan ScreenBox tidak asing lagi dalam dunia media Melayu setempat. Bahkan, ScreenBox kini telah menempah nama dalam pasaran global dengan rancangan-rancangan dokumentarinya yang sudah diedarkan ke lebih 17 negara seluruh dunia. Sejauh ini, syarikat ScreenBox juga telah meraih lima anugerah antarabangsa dan lima anugerah setempat.

Dengan mengamalkan beberapa panduan dan kegigihan berniaga dalam bidang media, Alhamdulillah, cita-cita saya untuk keluar dari lingkaran kesusahan menjadi nyata. Kini saya bukukan pengalaman-pengalaman saya beserta barisan Jutawan-Jutawan Asia agar kita sama-sama bangkit dan meraih kebaikannya.

 

Siapa Abang Abu?

Abang Abu adalah Pengasas dan Pengarah Urusan Now Asia. Beliau terkenal dengan komitmennya membangunkan kejayaan, ilmu keusahawanan dan pendidikan kewangan di kalangan anak-anak muda.

Abang Abu mengetuai Young Entrepreneurs Club dan merupakan President kepada Young Entrepreneurs Network (YEN) di bawah naungan SMCCI (Singapore Malay Chamber of Commerce & Industry). Beliau juga adalah seorang toastmaster yang diiktiraf dan dahulunya pernah dinobatkan sebagai President kepada sesebuah Kelab Toastmaster tempatan.

Abang Abu telah banyak diundang sebagai seorang speaker di acara-acara perniagaan dan kemasyarakatan.  Beliau kini sering muncul di media-media Singapura seperti Berita Harian, New Paper, The Straits Times, Business Times , Radio - Oli & Warna, TV Suria & Vasantham. Beliau juga tidak asing lagi di media-media Malaysia seperti  24FM, RTM , TV3 and Astro Awani. Sumbangan Abang Abu juga boleh dilihat menerusi tulisannya di Berita Harian (ruang Belia & Bisnes bersama Abang Abu), Majalah Selebriti (ruang Selebriti Bisnes Doktor) dan Majalah Jutawan (ruang Mekanik Wang)

Pengalaman luas beliau termasuk menubuhkan 6 perniagaan, antaranya, retail, F&B dan khidmat penukaran wang. Sejak umurnya 19 tahun lagi, beliau sudahpun aktif berdagang dalam pasaran saham (Malaysia, Singapore & U.S.). Beliau juga memiliki beberapa hartanah hasil pelaburannya sendiri.

Abang Abu adalah seorang graduan Program ‘Money and You’ serta seorang jurulatih kewangan dan kekayaan. Pada tahun 2005, Abang Abu telah memenangi Anugerah SOE 2005 Award (Spirit of Enterprise) yang telah disampaikan oleh President Nathan dari Singapura. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada individu-individu atas pencapaian keusahawan mereka yang tinggi.

Beliau kini sedang menganjurkan  “Program Map untuk Kaya”- sebuah program pendidikan kewangan yang popular bagi orang dewasa. Beliau juga sering menganjurkan kursus Train the trainer, Home business for women, Biz4Kids for kids dan banyak lagi program-program yang bernilai dan sesuai untuk sesiapa saja.

Program kemasyarakatannya “Bijak Belanja” yang dikhususkan kepada masyarakat Melayu telah dipaparkan dalam ucapan Rapat Umum Perdana Menteri Singapura Encik  Lee Hsien Loong pada tahun 2009.

"Abang Abu yakin program Audio CD Siap Berniaga Dalam 10 Hari ini dapat memberikan panduan lengkap kepada peniaga-peniaga baru."

 

Kertas Kerja

Sila muat turun Kertas Kerja di sini ( Tekan Right Click & Save File As)

 

Dapatkan CD ini Sekarang !

dvd

 


tempah

malaysia



Akhir kata, saya ucapkan dan sekaligus mendoakan, agar anda berjaya mencapai impian anda!

sujimymohamad

Sujimy Mohamad
CEO, ScreenBox Pte Ltd
Singapura,


Share with Friends & Contacts