Anda Ingin Jadi Pengacara TV?
Posted on 05. May, 2009 by Sujimy in TV Presenter
Ah inilah topik yang cukup saya suka. Memang seronok menjadi pengacara!
Sebenarnya sehingga hari ini saya masih tetap ditanya soalan ini: Bagaimana boleh kita jadi pengacara yang baik?
Tak susah menjadi pengacara yang baik. Tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, Kerana silap langkah, hah orang tak suka tonton kita. Tak ke nahas jadinya tu?
Bidang pengacaraan juga amat dekat di hati saya kerana saya mula mengacara sejak umur saya 16 tahun lagi. Sehingga hari ini saya masih meminati bidang pengacaraan ini. Susah betul nak kikis minat betul tak?
Oklah, oleh kerana topik pengacaraan ini cukup luas, saya rasa sesuai kalau saya kongsi pengalaman saya sendiri dalam beberapa artikel. Kalau saya kongsi semuanya dalam satu artikel, memang tidak mendalam.
Dan ini hanyalah perkongsian pengalaman saya yang agak cetek – mungkin ia sesuai bagi sesetengah pengguna dan mungkin juga ia tidak serasi. Jadi ambil sahaja mana yang baik ya.
Untuk artikel yang pertama ini saya ingin kupas bidang pengacaraan ini agar kita dapat mengenalinya dengan lebih dekat. Ramai yang menyangka bila kita ingin menjadi seorang pengacara, kita hanya perlu ada penguasaan bahasa dan juga personaliti. Itu memang perlu. Tetapi, sebenarnya ia lebih luas daripada itu
Bidang pengacaraan bukanlah sebuah bidang individu.
Ia adalah bidang berkumpulan (i.e. it is a team game!). Walaupun anda seorang saja yang berdepan dengan kamera, anda cukup memerlukan semua kakitangan untuk membantu anda menjadi yang terbaik.
Bila anda berupaya berfungsi sebagai sebuah kumpulan (bersama teman pengacara dan kru TV yang lain), anda akan mula menjadi seorang pengacara yang cukup berwibawa.
Mengapa saya berkata demikian?
Pernahkah anda melihat seorang pengacara TV yang gerak-gerinya kekok untuk ditonton? Atau anda rasa pengacara itu cukup over (oh tidak!)? Atau anda rasa pengacara TV tu macam ada yang tidak kena? Dan ada yang tidak dapat menguasai topik yang ingin disampaikan?
Kelemahan-kelamahan ini sebenarnya boleh diatasi dan ia berlaku bila seorang pengacara itu beraksi secara bersendirian. Tak patut betul kalau kita rasa kita seorang sahaja yang boleh membuat sebuah rancangan tu “happening”. Ramai yang sama-sama menjayakannya. Jadi sikap kita dari mula lagi mestilah mempunyai unsur-unsur “berkumpulan”.
Susah tau kalau seorang pengacara tidak mengindahkan keperluan rancangan, kehendak kru sekaligus keperluan penonton. Rancangan itu secara pasti akan mula menjadi kurang baik bila pengacaranya syiok sendiri (i.e. they don’t operate as a team).
Seperti yang kita tahu, pengacara adalah duta sebuah rancangan. Ini bermakna, beliau adalah wakil semua kakitangan di belakang kamera. Jadi, sebagai wakil, seorang pengacara tidak boleh menganggap dirinya sahaja yang penting di dalam sebuah rancangan.
Ok pernahkah anda menonton rancangan di mana pengacara asyik sangat mengaitkan semua topik kepada dirinya sendiri…. Maksud saya, beliau asyik sangat bercakap tentang dirinya sahaja… alamak cannot take it man. Lebih-lebih lagi yang suka memuji diri sendiri. Malu lah.
Sebenarnya isi rancangan mesti selalu didahulukan bukan isi hati kita.
Pengacara mesti mengambil tahu secara terperinci 2 perkara ini:
- Apakah matlamat sebenar rancangan yang diacarakan?
- Siapakah penonton sasaran?
Bila seorang pengacara dapat mengamati matlamat rancangan, beliau akan menjadi duta yang baik. Ini bermakna pengacara rancangan itu mesti menjadi seorang yang paling “berisi” dari aspek mesej yang hendak disampaikan. Selalunya, penerbit, penulis dan pengkajilah yang paling berpengetahuan dalam segala topik yang ingin dikemukakan. Pada pendapat saya, seorang pengacara juga mesti menjadi antara yang berpengetahuan dan berilmu. Ini memerlukan usaha dan banyak bertanya kepada pihak penerbit, penulis dan pengkaji… teamwork lah tu.
Sewaktu saya mengacarakan rancangan Selamat Pagi Singapura, saya sering meminta penerbit topik rancangan terlebih dahulu. Kemudian saya jalankan penyelidikan saya sendiri selama beberapa hari agar saya tidak kekok dengan topik yang ingin disampaikan. Saya dapati, bila kita serasi dengan apa sahaja topik yang dikemukakan, penyampaian dan temubual mencapai tahap yang berbeza. Tidak setakat asas atau superficial sahaja.
Jadi penting seorang pengacara bekerjasama dengan penerbit, penulis dan pengkaji rancangan dan bincangkan apa yang perlu untuk disampaikan.
Orang-orang disebalik tabir juga harus kita hormati. Abang-abang cameraman, tukang betulkan lampu, sound dan sebagainya. Mereka juga sebahagian daripada pasukan kita. Bila kita ramah dengan mereka, mereka juga akan melakukan yang terbaik untuk kita bila kita sedang beraksi. Dan ramah kita itu mestilah ikhlas.
Kita juga perlu ambil tahu siapa penonton sasaran rancangan yang kita mengacarakan. Adakah mereka yang akan menonton itu berupa kaum Lelaki, Perempuan, Muda, Warga Emas dan sebagainya? Bila pengacara sudah mengetahui semasak-masaknya, beliau akan tahu bagaimana beliau boleh beraksi dan sesuaikan diri. Jadi kita perlulah jaga tingkah laku dan bahasa kita bila menyampaikan rancangan yang formal dan yang ditonton secara umum. Gaya dan bahasanya juga harus disesuaikan. Pengacara juga tidak perlu terlalu formal bila beraksi untuk rancangan berbentuk remaja. Ini kita mesti dapat “agak dan baca”. Tapi yang penting, apa jua rancangan kita mesti pandai “jaga diri” kerana kita orang Melayu – ada tatasusilanya.
Ok di lain artikel Sujimy akan terangkan bagaimana kita boleh “maintain” sebagai seorang pengacara dan menjadi pujaan ramai.
Sekadar mengongsi.
Saya akhiri artikel ini dengan galeri penuh memori.





Tya Hussin
22. May, 2009
Assalamualaikum,
Abang Jimmy, Tya ingin jadi seorang pengacara seperti membaca berita tapi Tya tidak mempunyai qualifications yang perlu.Abang Jimmy tahu tak cara-cara Tya boleh mencapai keinginan Tya.Tak kisah lah kalau setakat Part-Time je.
TQ
Wasalam,
Tya
Sujimy
22. May, 2009
Salam Tya. Terimakasih kerana melungsuri blog saya. Dulu sewaktu Sujimy membaca berita TV secara sambilan, Sujimy ada pergi audition dahulu sebelum diterima. Sujadi Siswo yang menawarkan screen test itu. Sujimy rasa jika Tya berminat, harus menulis kepada bilik berita di MediaCorp.
Sujimy pasti mereka ada kriteria2 yang diperlukan. Tetapi apa yang saya tahu, selalunya bilik berita jarang mengadakan audition besar2an. Jadi kalau kenal orang dalam untuk bertanya lebih mudah.
All the best Tya. Impossible is nothing.
exoctic_tia@hotmail.com
02. Jun, 2009
Assalamialaikum Abang Jimy,
Thanks kerana sudi reply tya. Ala, Tya rasa Tya harus cuba telefon bilik berita dan bertanya la..
Tya tak ada kawan yang kerja di sana.
Thanks Abang Jimy
PS: Tya ada di facebook abang Jimy tau…
zuhair
20. Oct, 2009
salam… saya ingin bertnya apakah syarat-syarat untuk menjadi pengacara?? saya memang meminati bidang ini.. adakah dengan mempunyai sijil-sijil ko akedemik contohnya syarahan, bahas pantun dan sebagainya saya layk untuk emohon untuk menjadi pengacara?? tolong saya.
Lynda Amanda
29. Jan, 2010
Salam,
Saya lynda ingin tahu adakah masih terbuka peluang kepada individu yang berumur 40 tahun untuk menjadi pengacara TV?saya ingin tahu..
Terima kasih
siti mastura
04. Feb, 2010
salam, mas here,
dalam bidang pengacaraan, adalah salah satu bidang yang mempunyai politik..
tidak kirala dimana2 cawangan pun..
bila kita sebut mengenai media, orang sering kaitkan ianaya dengan politik kerja yang teruk.
jadi soalan saya, macam mana nak maintain terhadap bidang pengacaraan dan mengelakkan diri dari politik kerja yang teruk..
adam fadhz
19. Apr, 2010
hye..sy adam,salah seorang pelakon remaja..ari ahad ni..adam pegi audition rtm untuk pengacara kanak2…bole bg tips yg bagos2??anta kt email…new_azam12@yahoo.com…
jangan lupe saksikan saya di drama Habil N qabil slot samarinda hanya di tv3
sayful
25. Jun, 2010
semua ni sebenanrnya dari pengalaman dan bakat..tuk menjadi seoarng pengacara bukan mudah kelontaran suara dan kebolehpandaian tuk mengacarakan sesiutu majlis atau hos tv.dan berita sebagai contoh lontaran suara tuk sesuatu berita berlainan jika berita tersebut berita kematian dan banjir lontaran suara berbentuk sedih dan mengikut mood…
pa yang dikatakan oleh abag sujimy semunya betul dan manafaat untuk diambil sebagai ilmu ..
semoga berjaya..