Amanah memecahkan recod dunia

Bila saya diberikan amanah memecahkan rekod dunia untuk Singapura, mulanya amanah ini terasa terlalu berat untuk dipikul. Hari demi hari saya berdoa dan mencari jalan serta orang-orang yang boleh membantu melaksanakan amanah ini bersama. 

Saya akui tidak mudah untuk mencari pakar dan rakan kerja yang ingin sama-sama melaksanakan tugas sebesar ini. Namun saya dapati bila kita sungguh-sungguh mencari jalan keluar setiap hari dengan sangkaan ia boleh dilakukan, jalan itu luas terbuka. Teringat saya dengan nasihat Habib Hassan (Masjid Baalwie) bila saya bertemunya sebulan sebelum melaksanakan tanggungjawab ini, "Sujimy, hati kita kalau ikhlas dan bersih, Tuhan akan bukakan jalan seluas-luasnya. Jangan risau. In shaa Allah."

Saya ingin mengundang anda menonton vlog (di sebalik tabir) memecahkan rekod dunia ini di: 

 

Lebih banyak video akan dimuatnaikkan di saluran youtube saya nanti. Dokumentari Story of Our City akan keudara 20 January 2016, 8 malam di saluran Channel News Asia.  Lungsuri microsite dokumentari ini di sini.


Leave a comment