Aura

Saya perhatikan AURA kita bergerak tanpa graviti.

Semakin positif aura kita semakin ringan ia diterima dan semakin tinggi pencapaiannya.

Aura yang sejahtera juga mengundang mereka yang serasi dan sehaluan. Walaupun benar aura kita tidak kelihatan mata kasar, kesannya boleh menyentuh hati yang tersasar.

Ramai yang mengenali aura sebagai kecantikan dalaman. Ini ada betulnya dan ia mudah dikesan. Antara tanda-tanda aura yang mapan:

- ramah senyuman

- budi bicara yang sopan

- penyampaian lisan yang jelas, perlahan lagi berkesan

- mengotakan janji yang diluahkan serta yang tersimpan

...serta kerapian yang dijaga menurut ukuran.

 

Tidak mustahil melihat orang yang secara luaran mungkin tidak rupawan tetapi aura dalamannya lebih menawan. Kerana hatinya yang luhur memancarkan cahaya yang menembusi kegelapan.

 

Kecantikan sebenar bukanlah hanya pada dandanan, tetapi juga pada jiwa yang murni serta perwatakan.


Leave a comment