Ayah

Seorang Ayah terpaksa bohong

 

Bohong yang dia tak lapar

Bohong yang dia tak penat

Bohong yang dia tak takut

Bohong yang dia tak khuatir

Disimpan segala rasa...

 

Kerana Ayah tidak mahu anaknya risau

Agar hidupnya tidak kacau

Agar mimpi anaknya indah tidak mengigau

 

Disusun niatnya begitu rapi, agar anaknya melihat pelangi

Walau dirinya letih berdiri

Semuanya dia tak peduli

 

Jika Ayah masih hidup

Berikanlah dakapan, itu sudah cukup

Nanti senyumannya diseludup

Masuk ke ingatan, gembiranya tidak tertutup

 

Esok Ayah bohong lagi

Bukan tabiat tetapi naluri

Wahai anak tak usah bingung

Ayah selindung kerana ingin memayung

 

 


Leave a comment