Bengkel kedua di Sekolah Menengah Bedok Town

Saya cukup bersyukur kerana guru-guru di Sekolah Menengah Bedok Town mengundang saya sekali lagi untuk menganjurkan bengkel penerbitan filem pendek (Short Film Production). Saya rasa sangat terharu kerana tahun ini merupakan tahun ke-50 Sekolah Menengah Bedok Town dan inilah kali terakhir mereka bersama di bawah nama Bedok Town. Tahun depan Bedok Town akan digabungkan dengan sekolah lain. Sentimental betul! Kerana mereka ingin mendedikasikan penerbitan dan jalan cerita video mereka untuk meraikan ulangtahun yang ke-50 untuk sekolah mereka. 

Ada satu video yang sangat luhur penerbitannya sehingga mereka menangis semasa ditemuramah akan perasaan mereka bila mengenangkan pahit manis bersekolah di Bedok Town.

Itulah kuasa video. Ia memerangsangkan kededua penerbit dan penontonnya.


Leave a comment