Bila hakcipta dikembalikan.

Pada 25 Julai 2012 Penguasa Pembangunan Media (MDA) telah membuat pengumuman bahawa semua hakcipta rancangan TV (PSB - Public Service Broadcast) akan dipulangkan kepada pencipta dan penerbitnya. Ini adalah sebuah pengumuman yang besar dan amat dinanti-nantikan. Ia membawa pengertian yang besar. Ini bermakna, seorang penerbit rancangan TV kini sudah boleh:

  1. Mengedar rancangan TVnya sendiri dan meraih keuntungannya 100% (jika ia tiada pelabur selain MDA)
  2. Mengubah (re-version) kandungan TV agar ia boleh menjadi sebuah rancangan baru untuk dijual.
  3. Mengedarkan bahan kerja (underlying works) kepada sesiapa saja di seluruh dunia. Misalnya, jika seorang penerbit itu telah merakamkan video suasana Singapura atau mana-mana negara, rakaman itu boleh dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin menggunakan rakaman itu untuk rancangan mereka.
  4. Mengubah bahasa rancangan itu untuk tontonan masyarakat yang berbeza.
  5. Menghasilkan buku atas konsep dan nama rancangan TV.
  6. Menghasilkan wadah DVD untuk tujuan pengedaran.

Dan berbagai-bagai langkah lagi untuk kita memaksimakan kandungan rancangan TV itu.

Ia amat bermakna bagi saya kerana, sejak tahun 1999, kami telah menerbitkan lebih 70 siri rancangan TV PSB. Dan, oleh kerana hakcipta yang dipulangkan hanya kepada rancangan yang diterbitkan pada tahun 2006 ke atas, ia bermakna kami mempunyai hakcipta kepada lebih kurang 30 rancangan TV. Alhamdulillah, perubahan ini telah sekaligus meningkatkan nilai aset syarikat saya dan syarikat penerbit-penerbit lain.

Sudah tiba masanya kita memaksimakan semua hakcipta ini.

Selamat maju jaya! :)


Leave a comment