Bila ucapan terima kasih tidak mencukupi

Saya gemar membawa kakitangan saya keluar makan bila saja kita habis sesebuah projek yang besar. Kadang tak rempat melakukannya serta merta, namun saya cuba mencari masa untuk melakukannya. Saya perhatikan bila kita makan bersama, kita dapat kemesraan yang berbeza daripada keadaan di pejabat - lebih mudah ketawa. Seronok.

Dalam video ini saya ada menyebut tentang 2 projek yang sangat penting untuk kami. Yang pertama, Pelayaran Keluarga 2018. Seramai 1700 orang yang ikut kami naik cruise ke Langkawi dan Penang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Namun, ramai yang tidak tahu, saya dan kakitangan hanya mendapat 2 atau 3 jam tidur setiap malam kerana menguruskan acara setiap hari. Penatnya, masyaAllah, Tuhan saja yang tahu. Namun saya gembira dapat melaksanakannya dengan baik.

Projek kedua yang disebutkan dalam video ini adalah, Chope A Seat In Jannah. Buat pertama kali kami bekerjasama dengan Dyn Norahim dan Madrasah Alsagoff mencari dana madrasah menerusi LIVE FB SHOW - sesuatu yang belum pernah dilihat penonton FB. Alhamdulillah, S$65 ribu derma dari penonton yang murah hati dapat dikumpulkan sepanjang 3 jam rancangan itu (klik di sini untuk menonton)

Kegembiraan melaksanakan 2 projek ini tidak dapat digambarkan sebenarnya, namun saya berharap barakah bekerjasama dapat dilanjutkan semasa kami makan bersama. :) 

 


Leave a comment