Contoh seorang teman yang diuji

Di Singapura kita ada satu contoh seorang yang diuji lalu keadaannya berubah menjadi lebih baik.

Bila saya bertemu Chef Bob For Hir pada Oktober 2014 untuk menemuramahnya, beliau menceritakan sejujurnya bagaimana beliau hilang mata pencarian - restorannya terpaksa ditutup. Periuk nasinya yang terjejas mengubah dirinya untuk menjadi lebih dekat dengan Allah. Semenjak itu saya dapati beliau bekerja keras mendekatiNya dan mengajak orang lain juga menimba ilmu agama.

Lihatlah perbezaannya sepuluh bulan kemudian. Banyak yang sudah berubah.

Hari ini, wajahnya sangat ceria bukan kerana ramai yang hadir untuk menyaksikan beliau beraksi lagi, tetapi, saya pasti, senyuman itu berlandaskan kemanisan yang terasa bila tabah mengharungi ujian dari Ilahi.

Yang pasti, kita akan diuji, dan darjat kita akan ditingkatkan lagi. Saya juga pasti banyak lagi kisah di luar sana yang boleh kita contohi. 

Kepada Shahrizal Salleh, ya akhi, terimakasih kerana memberi contoh ketabahan diri. :)  

(Bagi mereka yang in bertemu dan menyokong Chef Bob, beliau akan berada di Courts Megastore hari ini jam 2 hingga 3 ptg dan NTUC JEM, 19 Julai 2015, 2 hingga 3 ptg. In Shaa Allah.)
 


Leave a comment