Debuver - Cara baru membeli barangan luar negara dengan harga rendah

Debuver - Cara baru membeli barangan luar negara dengan harga rendah

Alhamdulillah. Hari ini sangat istimewa bagi diri saya. Hari ini merupakan hari saya mengenalkan secara rasmi syarikat baru kami bernama Debuver yang telah ditubuhkan bersama rakan kongsi saya, Muhammad Zulkifli Rahmat 

Bila Zul bertemu saya dengan idea membantu sesiapa saja yang ingin membeli barangan luar negara dengan harga yang lebih rendah serta tanpa perlu membayar sebarang kos penghantaran (shipping costs), saya rasa amat tertarik dengan idea itu. 

Kami mula membina mobile app dan lelaman yang boleh memadankan sesiapa saja yang ingin membeli barangan luar negeri dengan seorang yang sedang melancung di negeri itu agar dapat membantu membeli dan membawa pulang barangan yang diminta.

Terlahirlah mobile app Debuver. Anda boleh muat-turun app ini menerusi link di bawah dengan PERCUMA:

(y) IOS (Apple Store): http://apple.co/2oTjF9E 

(y) Android (Google Play): http://bit.ly/2nJqI4w 

Menerusi app Debuver, anda boleh:

1. BELI atau KIRIM barangan dari sebarang negara di seluruh dunia menerusi rakan se-negara yang sedang melancung di sana. Misalnya, jika anda ingin beg jenama dari negara Itali atau Jepun, anda hanya perlu membuat permintaan di dalam app ini.

2. MENJANA PENDAPATAN. Jika anda sedang berada di luar negeri (samada melancung, bekerja atau belajar), anda kini boleh membantu ramai orang dari negara anda untuk membeli barangan yang mereka inginkan dan menjana pendapatan bila anda pulang ke tanahair.

3. MEMILIH UNTUK TIDAK MEMBAYAR KOS penghantaran (i.e. shipping costs) dari luar negara kerana kini, anda ada seorang yang membantu membawa pulang barangan itu dan anda boleh mengambil barangan itu sendiri bila ia tiba di tanahair, atau menggunakan penghantaran tempatan yang lebih murah.

4. MEMBELI DENGAN SELAMAT. Wang anda dijamin selamat kerana jika anda tidak menerima barangan yang dikirim, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya. 

5. PEMASARAN GLOBAL Debuver juga merupakan wadah yang efektif untuk para peniaga mengiklankan produk mereka kepada pasaran global secara percuma. Ini kerana app Debuver mempunyai pengguna daripada pelbagai negara. Bila kami membuat soft launch 2 minggu lalu di FB, Alhamdulillah, app ini menerima lebih 2000 downloads dari merata dunia.

Jika anda ingin keterangan lanjut anda boleh lungsuri lelaman www.debuver.com atau hadiri seminar PERCUMA Ahad ini (30 April). Anda boleh daftar di sini: https://www.debuver.com/seminar.php  

Kami juga mengundang para pelabur yang ingin sama-sama meraih pasaran baru ini bersama. 

Kami mohon doa dan sokongan semua agar perniagaan ini berkembang atas niat membantu sesiapa saja yang inginkan barangan dari luar negara dengan cepat dan harga yang lebih rendah. Aamiin. 

Terimakasih.

Ikhlas, Sujimy


Leave a comment