Doa mengiringi penerbitan kami

Tiap kali saya diberi peluang melaksanakan projek baru, saya cuba membawa semua yang terlibat memahami apa yang terkandung dalam niat asal saya. Ini penting agar semuanya bersatu ke matlamat yang dituju. 

Dan saya dapati jika saya luahkan, secara lisan, mengutarakan isi hati saya menerusi doa pada awal penerbitan kami, ia mungkin memberi kesan kepada proses pembikinan rancangan TV ini. In shaa Allah.

 

Antara isi kandungan doa yang dipanjatkan untuk rancangan kami adalah:

 "Ya Allah, jadikanlah rancangan ini ditontoni ramai dan jadikan mereka yang menonton menerima segala manfaatnya. Serta jauhilah kami daripada menjadi bongkak dan sombong atas kejayaan rancangan ini nanti....."

Satukanlah hati kami.


Leave a comment