Don’t forget to attend ATF next year.

Para peserta Asia Television Forum semakin bertambah setiap tahun. Jika anda berminat untuk menerbit dan menyebarkan kandungan TV, anda mesti menghadiri acara ini.

Bila saya menghadirinya awal Disember ini di Marina Bay Sands, saya dapati banyak peluang terbuka untuk kita berkenalan dengan penerbit dan pengedar serantau dan antarabangsa.

Selalunya dalam acara begini kita boleh:

  1. Mencari peluang kolaborasi bersama penerbit serantau. Dengan dana baru yang dikenalkan MDA, anda pasti boleh mengembangkan taraf penerbitan anda.
  2. Mempelajari kehendak penonton antarabangsa menerusi forum dan pengedar yang ada di sana.
  3. Berkenalan dengan stesen television Asia dari Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea, China, Australia, UK dan banyak lagi. Inilah satu tempat anda boleh bertemu mereka dalam masa 3 hari. Kita boleh tanyakan secara langsung apakah jenis kandungan TV  yang mereka inginkan. Tak perlu belanja besar ke luar negeri. Lagipun, bagi syarikat penerbitan Singapura, kita tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk menyertai acara ini. Lumayan kan?
  4. Mengemaskini pengetahuan kita dalam industri Televisyen. Industri ini sentiasa berubah dan kita dapat mengejar perkembangannya menerusi acara seperti ini.

Bagi anda yang sudah menghadiri acara ini, saya ucapkan syabas!

Jadi jangan lupa bersama ATF tahun hadapan ok? Hope to see you there!

Kita maju bersama!


Leave a comment