E-book akan datang…

Apa khabar semua!

Saya akan edarkan versi e-book “10 perkara saya pelajari dari 10 Jutawan Asia” tidak lama lagi di blog saya ini.

Dah lama sebenarnya terima permintaan ini, tetapi hanya dapat saya laksanakan dalam masa terdekat ini. Cukup padat jadual saya sekarang kerana setelah krisis kewangan yang lalu, industri media sudah mula rancak. Alhamdulillah.

Saya juga akan melancarkan Affiliate Programme untuk e-book saya, jadi saya ingin mengundang anda untuk sama-sama edarkan buku ini…. coming soon.

Baru-baru ini saya terima tempahan buku saya dari seorang pembaca di Perak… sungguh terharu kerana kesan buku ini sudah pun sampai ke sana.

Saya harap semua pembaca dapat meraih penuh panduan-panduan yang diberikan jutawan-jutawan Asia ini.

Saya doakan anda sentiasa berjaya!


Leave a comment