Ghairah menanti

Esok pada sebelah petang akan diumumkan samada kami memecahkan rekod dunia bagi lukisan 3D yang terpanjang di dunia. Hari ini saya rasa ghairah serta teruja bahawa semua ini sedang berlaku di depan mata saya.


Walaupun saya akur keputusannya sudah tertulis di Lauh Mahfuz, penantiannya penuh tandatanya.


Apa yang pasti, kami sudah melakukan yang terbaik dan kami juga mengharapkan yang terbaik.


Jangan lupa ke page saya ini esok sekitar petang (in shaa Allah) untuk keputusannya.


Saya akur bila lukisan sedang diukur, semua sebenarnya sudah diatur jadi perasaan tak perlu bercampur hanya tinggal bersyukur.


Leave a comment