Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

 

Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

Dongak dan lihatlah setiap ahli keluarga 

Yang sedang makan menjamu selera

Mungkin ada berita yang mereka bawa

Mungkin ada masalah yang sedang mereka derita

Mungkin juga ada perkembangan yang ingin mereka cerita

Semuanya tidak sempat dikongsi kerana kita kesempitan masa

Tidak bersama mereka, walau duduk semeja

Kita sanggup dekatkan rakan yang berada jauh nun di sana

Rakan yang sentiasa online tidak mengenal masa

Yang tidak tahu kita sedang bersama keluarga

Masa itu singkat belaka

Rugi, masa tidak diluangkan buat keluarga yang di depan mata

Antara rakan dan keluarga, mana yang berhak atas diri kita?

Letakkanlah handphone itu buat sementara

Keluarga itu pertama, rakan tempat kedua


Leave a comment