Iklan Zakat 2011

Saya bersyukur kerana mendapat peluang sekali lagi tahun ini untuk menghasilkan dua iklan Zakat. Untuk pengetahuan anda syarikat kami, ScreenBox, sudah menghasilkan kempen Zakat sejak tahun 2000 untuk Muis. Dan secara peribadi, saya amat bersyukur kerana diberi tanggungjawab yang benar-benar saya hargai ini.

Saya masih ingat lagi perjalanan kami membangunkan kempen zakat di Singapura.

Sebelum tahun 2000, kita belum ada kempen pengiklanan Zakat yang menggunakan dan menyatukan semua bidang media. Kadar pungutan wang zakat juga meningkat tidak seperti yang diinginkan. Jadi setelah kami kaji keadaan pasaran dan maklum balas dari pembayar zakat, kami mula memikirkan apa yang perlu untuk meningkatkan pungutan wang zakat.

Pada tahun 2001 kami usulkan agar kempen Zakat berlandaskan tema Kau Istimewa. Iaitu para penerima zakat (8 golongan asnaf) adalah golongan istimewa yang harus dibantu. Tema ini juga berteraskan ketulusan mengagihkan wang zakat. Untuk melaksanakan dua tujuan itu, maka terlahirlah rancangan Kau Istimewa.

Kempen ini kami luaskan ke media radio, media cetak dan risalah. Rancangan dan tema Kau Istimewa cukup berkesan dan dapat meningkatkan pungutan zakat berlipat ganda. Kalau sebelumnya hanya dalam sekitar 9 hingga 10 juta dollar setahun, kempen Kau Istimewa menghasilkan 13 hingga 14 juta dollar setahun. Antara sebab peningkatan ini adalah pembayar zakat sudah mula nampak, secara visual, di mana dan kepada siapa wang zakat diagihkan. Pengagihan wang zakat yang sememangnya tulus setiap tahun.

Selang beberapa tahun Kau Istimewa terus meneraju usaha memungut zakat sehinggalah 2 tahun lalu bila tema ini ditukar kepada yang baru.

Tahun ini kami usulkan agar kita sebarkan usaha-usaha keihsanan masyarakat Islam Singapura dalam kempen zakat. Kerana semakin ramai rakyat Singapura yang sudah maju dan berada lalu kita juga tidak mahu melihat keadaan orang-orang yang benar-benar memerlukan terbiar begitu sahaja.

Keihsanan kita boleh membangun dan melindungi mereka.

Sekarang ini versi iklan Zakat yang dikeudarakan di Suria adalah versi 1 minit. Di sini, saya lampirkan versi 1 minit 44 saat bagi dua versi iklan zakat bagi tahun 2011:


Leave a comment