Ikut Kata orang tua

Dalam dunia moden di mana ramai anak muda sedang merancang dan mencari pasangan hidup yang sesuai, saya ditemukan dengan anak saudara saya yang melakukan sebaliknya.

Apabila diajak oleh ibu bapanya untuk dipadankan dengan pasangan pilihan orang tuanya, beliau berserah bulat-bulat dan ikut kata orang tuanya walau tidak kenal bakal pasangannya.

Pada hari pertunangan mereka semalam, Ayah Hafiza memberitahu beliau sudah 40 tahun berkawan rapat dengan bakal besannya dan bila diusul agar anak mereka dijodohkan, kedua-dua anak dari kedua belah pihak tidak ada bantahan langsung.

Ini sangat mengkagumkan kerana jarang kita mendengar perkara ini berlaku di zaman ini. Ibu saya, nenek kepada Hafiza, juga dipadankan dahulu dengan Arwah Ayah saya dan jodoh mereka berpanjangan. Dan Ibu saya rasa sangat teruja bila mendengar cucunya juga dipadankan seperti dirinya dahulu.

 

Semoga pertunangan Hafiza dan bakal suaminya, Ismail, berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Dan semoga semua anak-anak yang mendengar dan mengikut kata-kata orang tua mendapat keberkahan serta kesenangan dunia akhirat. Aamiin.


Leave a comment