Is that your best price vs Got discount?

Semasa krisis kewangan yang lalu saya sering meluahkan kedua-dua ayat ini. These are powerful questions to retailers. Saya dapati berbagai-bagai  reaksi dari para penjual yang tidak disangka-sangka.

Ada Diskaun?

Bila anda ke kedai, di mana saja, cuba tanya “ada diskaun?”.  Kedai yang tidak ada diskaun pun mula terperanjat dengan pertanyaan itu. Bila saya ke Famous Amos di Jurong Point saya cuba bertanya kepada mereka samada boleh dapat diskaun atau tidak. Anak muda di belakang kaunter cashier pada hari tu termenung sekejap. Soalan yang tidak pernah beliau dengar agaknya. Kemudian dia senyum dan ketawa sambil mengatakan “takde bang.” Saya pun ya kan dan teruskan membeli biskut yang saya hajatkan.

Dua hari kemudian saya pergi ke tempat yang saya (anak saya suka sangat benda ni!) dan bertemu jurujual yang sama. Dia macam mahu saya tanyakan soalan yang sama. Kemudian setelah memilih saya ajukan soalan cepu emas, “Ada diskaun?”. Kali ini beliau bagaikan sudah bersedia dengan jawapan. Dia terus katakan, “Kita tak ada diskaun tapi saya nak kasi abang lebih sikit pasal selalu beli di sini.” Dalam fikiran saya, ini pun bentuk diskaun juga ya tak? Mungkin beliau sudahpun mendapat kebenaran dari pengurusnya terlebih dahulu kerana sebelum ini beliau sudah pun berdepan dengan isu pertanyaan diskaun dari pelanggan.

Kesimpulannya, jika kita tanya mesti ada yang mahu membantu. Anda cuba ok? Yang menyarankan saya bertanya soalan “ada diskaun?” ini tidak lain adalah tokoh cabaran simpanan kita Abang Abulah. Sampai sekarang mana-mana saya pergi saya akan tanya soalan ini. Menjimatkan. Jangan tak cuba ok?

Is that your best price?

Soalan ini cukup membuka ruang tawar-menawar bagi pembekal anda. Selalunya pembekal akan mengatakan fix price jadi anda mesti cuba gunakan ayat ini sehingga tiga kali. Selalunya pembekal berhati kemanusian akan cair bila mendengarnya. Yang degil langsung buat tak dengar. Biasalah.

Antara kedua-dua ayat ini, soalan “ada diskaun?” lah yang banyak memberi reaksi yang cukup menarik. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak bersedia menerima soalan ini. Sebenarnya bukan mereka belum bersedia menerima soalan ini, tetapi mereka belum menerima hakikat zaman selepas krisis kewangan yang harus lebih terbuka kepada cara baru yang boleh memikat pelanggan.

Kita sebagai pelanggan – walaupun ekonomi mula pulih –  mesti selalu cuba berjimat seberapa boleh, baik dalam perbelanjaan perniagaan mahupun peribadi. Wang yang sempat kita jimat dan simpan itulah menjadi senjata krisis akan datang.


Leave a comment