Jalan keluar tetap ada

 

Pernahkah anda mengalami sesuatu yang buruk tetapi perkara itu juga merupakan perkara yang paling baik buat diri anda?

Saya pasti anda pernah. Saya juga tidak terkecuali.

Kadang kala kebaikan sesuatu tidak dapat kita lihat serta merta. Kadang kemanisan sesuatu itu juga tersembunyi di sebalik kepahitan yang berada di depan mata. 

Inilah satu cara kita dapat menghargai perjalanan hidup ini. Cara kita diuji supaya kita pandai membawa diri.

Hadapinya dengan rasa pasti kita akan menemui jalan keluar tidak lama lagi.

Kerana yang suram tidak terus menjunam. Yang muram pasti terbenam dengan semangat tekad yang kita tanam.

Genggam ilmu yang sudah kita faham. Jangan biarkan kesedihan terus membaham.

 


Leave a comment