Kejayaan tidak ada kena mengena dengan wang.

Kejayaan tidak ada kena mengena dengan wang
 

Kaya tidak bermakna senang 
Miskin tidak bermakna kurang

Kejayaan di Tangan Maha Merancang
Bukan skim cepat kaya, skim cepat kencang
Hari ini kaya, esok boleh kecundang

Masuklah skim cepat solat, skim cepat taubat
Senang berjaya walau dalam darurat

Hakikatnya semua perlu wang 

Tapi jangan bangun fikirkan wang
Bila tidur takut wang melayang

Boleh kaya wang, bukan tak boleh
Tapi juga kaya jiwa, jadi anak yang soleh

Biarlah wang dipegang jari jemari
Tidaklah ia tersimpan di lubuk hati

Usah cemburu orang kaya ribuan
Melainkan si kaya itu juga hafal Al Quran 

Cari wang dengan tujuan
Bina keluarga sakinah lagi beriman
Sempit Dahulu, Sempat Kemudian
Hari ini kita kecil, esok kebesaran

Kejayaan hakiki terletak pada kelakuan
Kelakuan cantik, molek masa depan

(Lihat perkongsian ini di FB saya)


Leave a comment