Kita Bapa, Kita Menjadi Contoh

Inilah gambar ayah saya, Almarhum Mohamad Bin Marang. Beliau adalah seorang pekebun dan selalu mengambil kerja-kerja sambilan lain untuk menampung 15 anak-anaknya.

Ayah saya akan ulang-alik ke kerja dengan basikal tuanya. Tiap kali beliau pulang dari kerja, saya sering melihatnya menunaikan solatnya dahulu, walaupun penat, sebelum beliau rehat di kerusi panjang lagi usang di rumah lama kami.

Beliau tidak banyak berbual tetapi sering melakukan apa yang perlu untuk membiayai pendidikan anak-anaknya walau dalam keadaan yang serba kekurangan.

Tabiat 'tidak takut dengan kerja keras' ini membuat saya mencontohinya dari kecil lagi. 

Beliau meninggal dunia pada tahun 1989 ketika saya menjalani perkhidmatan negara. Saya sangat merinduinya dan sering mengharap Allah menerima kedatangannya dengan baik. Allahumma Aameen.

Kepada semua kaum bapa yang sedang membaca tulisan saya ini, saya ucapkan selamat menyambut hari bapa dengan harapan  kita sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dan mendapat ganjaran dari yang Maha Esa. In Shaa Allah.

#alfateha
#selamatharibapa



Leave a comment