Kolaborasi pertama dengan youtuber Urban Exhange Monkeys

Kini Selamat Pagi SG sudahpun disiarkan buat minggu kedua (episod ke-2) di Suria dan minggu ini kami perkenalkan kolaborasi bersama UXM (Urban Exchange Monkeys) di dalam segmen SGTube.

Secara terus terang saya akui bahawa menerbitkan video untuk wadah youtube sangat berbeza dengan terbitan siaran TV. Dari segi olahan dan arahan - semuanya berbeza. Banyak perkara yang saya pelajari dari UXM. Saya terharu kerana mereka ingin bekerjasama dengan kami untuk SGTube. Saya dapati ahli anggota UXM yang saya temui semuanya kreatif dan sangat sopan. Mereka tidak segan bekerja keras dan mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup. 

Tujuan kami dalam SGTube: menghasilkan video yang menghiburkan, ada secebis informasi & sesuai untuk tontonan secara online serta di kaca TV.

SGTube ke udara sebulan sekali di dalam Selamat Pagi SG. Jika anda ingin berkolaborasi dengan Selamat Pagi SG, sila hubungi saya ya. :) 


Leave a comment