Kosong-kosong

Hari ini, bila ke tempat kerja, kita kosong-kosongkan pula pertalian antara rakan sekerja atas segala kelemahan mereka dan diri kita. 

Kosong-kosong bermakna, kau punya salah, aku ampunkan seluruhnya, dan aku punya kekurangan kau terima seadanya sekaligus mengampunkan kesilapannya. 

Kosong-kosong juga bermakna, jangan kau ungkit lagi perkara lama yang mengguris hati masing-masing. Takut luka boleh berdarah lagi. 

Kosongkan kawan tu dan sematkan rasa kasih padanya. 

Kemudian, kerjalah elok-elok.


Leave a comment