Kumpulan sokongan artis SG di KL?

Saya rasa sudah sampai masanya abang-abang & kakak-kakak yang terlebih dahulu ke KL mengadakan satu kumpulan (rasmi atau tidak rasmi) untuk membantu anak-anak muda yang hendak berhijrah ke sana. 

Mereka yang senior boleh memberi orientasi kepada yang muda atas perkara seperti budaya kerja, budaya media & nilai secara umumnya - agar perjalanan mereka akan lebih lancar, terpantau dan dibimbing.

Sama seperti mereka yang membantu peniaga-peniaga baru di luar negara. 

Mungkin kumpulan sokongan ini sudah ada. Kalau sudah ada, cepat-cepatlah tarik artis-artis baru yang sedang berusaha meneroka pasaran di sana. Bagi artis-artis baru, cepat-cepatlah cari yang senior dan minta panduan.

Saya tabik usaha Suhaimi Yusof yang sudahpun menasihatkan Erwin Shah Dawson mengenai dunia media - yang ada unsur baik dan keterbatasannya.

Social Media is amazing and the world of media is so interesting. Thanks everyone for your comments and thoughts. We...

Posted by Suhaimi Yusof Official on Tuesday, 21 July 2015



Leave a comment