Mencontohi tabiat baik boleh menjayakan hari muka

#ceritasemalam: Dua intern ScreenBox Pte Lt mengakhiri sesi internship mereka semalam. Faz & Ayu bersama kami selama 4 bulan. Mereka ada potensi untuk pergi lebih jauh lagi :) 

Melihat kepada orang-orang muda yang sedang cuba mengenali bidang baru, dan apa erti dunia kerja ini, mengingatkan saya betapa penting kita perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka. Kita perlu kongsi kepada mereka beberapa perkara:

1. Kerja keras tidak mengenal usia

2. Sikap berani menceburi sesuatu yang baru boleh menghasilkan sesuatu yang jitu

3. Mencontohi amalan yang baik dari muda boleh menanam tabiat baik sehingga ke tua

4. Usaha yang berterusan itu lebih baik walaupun sedikit

5. Sentiasa musyawarah bersama mereka yang lebih pengalaman agar dapat menimba ilmu

Syabas kepada semua intern kami dan saya doakan anda berjaya di hari muka!



Leave a comment