Mentor

Saya ada 3 mentor dalam bidang penyiaran. Mereka sudi mengajar saya kemahiran dan selok belok bidang ini:

1. Zakiah Halim: memberi peluang berkecimpung dalam wadah radio, mengasah bakat dan membimbing saya lebih sedekad lamanya. Terlalu banyak kemahiran komunikasi yang sudah beliau berikan. Tunjuk ajar beliau amat saya hargai hingga ke hari ini.

2. Sujadi Siswo: membawa saya ke kaca TV dan mengambil saya sebagai pembaca berita televisyen. Beliau mengajar saya cara berdepan dengan kamera "live" dengan baik. Tunjuk ajar beliau amat saya hargai hingga ke hari ini.

3. Basir Siswo - mengambil saya sebagai Penerbit ehwal semasa. Beliaulah yang mengajar saya menulis skrip dengan baik dan menerbitkan rancangan ehwal semasa dengan penuh analisis. Tunjuk ajar beliau amat saya hargai hingga ke hari ini.

 

Mentor akan hadir dalam hidup kita bila tiba masanya... Kita hanya perlu berdoa agar didekati mentor yang membina.

Kita juga akan menjadi mentor suatu hari nanti. Anak-anak muda kita akan memerlukan kepakaran yang ada pada diri kita ini. Kita cuba mencari mereka yang sudi dan bersungguh-sungguh mahu mempelajari. Agar masyarakat kita berkembang maju di harimuka nanti.


Leave a comment