MIPCOM membuka mata saya kepada perniagaan televisyen antarabangsa

Pertama kali saya ke MIPCOM (Cannes, France) adalah pada tahun 1998. Saya ke sana setahun sebelum saya menubuhkan syarikat ScreenBox.

MIPCOM boleh dikatakan sebuah pertemuan besar-besaran antara stesen TV, penerbit, penulis dan sesiapa saja yang ingin berjual-beli dalam arena televisyen. Sebelum itu saya tidak tahu bahawa acara sebegini wujud untuk pemain industri televisyen.

Di sini saya pelajari kita boleh:

1. menjual idea rancangan TV kita kepada sesiapa saja atau mana-mana stesen di dunia ini

2. mendapatkan dana untuk penerbitan TV

3. bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menerbitkan rancangan TV anda

4. menjual rancangan TV anda yang sudah tersedia

5. mencari pengedar antarabangsa untuk rancangan TV anda

... dan banyak lagi!

Saya dapat melihat bagaimana pihak antarabangsa membuat 'deal' untuk berjual-beli rancangan. Saya juga didedahkan kepada segala aspek perniagaan TV yang boleh dilaksanakan di arena antarabangsa.

Cukup memberi ilmu. Alhamdulillah.

Bila saya pulang ke Singapura, ia menjadi landasan kepada perancangan saya untuk menubuhkan syarikat ScreenBox. Saya kembali mengambil bahagian dalam MIPCOM seberapa boleh. Alhamdulillah, menerusi pertemuan pengedar antarabangsa di MIPCOM,   rancangan kami sudah pun diedarkan ke hampir 20 negara di seluruh dunia.

Jadi kepada sesiapa saja yang ingin mengembangkan perniagaan TV mereka, haruslah ke MIPCOM - ia boleh mengubah pandangan kita tentang dunia televisyen.

Selamat maju jaya semuanya! 


Leave a comment