Nak jadi Pengacara TV? Mesti fasih dahulu.

Nampaknya blog tentang menjadi pengacara TV menjadi antara blog yang paling ramai memberi pandangan. Itulah sebab saya menyambung topik ini.

Ok anda ada rupa dan minat untuk menjadi pengacara TV… apakah yang harus anda lakukan sementara menanti peluang diuji atau dikesan?

Antara perkara yang paling utama dalam bidang pengacaraan adalah KEFASIHAN kita dalam bertutur. Hanya pandai cakap Melayu sahaja tidak mencukupi. Apa yang saya maksudkan dengan kefasihan dalam bicara adalah kebolehan kita bertutur tanpa skrip. Adakah penguasaan bahasa Melayu kita kuat? Nah, semua orang boleh ikut skrip tetapi bolehkah kita adunkan perkataan kita sendiri secara teratur dan berupaya menyampaikan sebuah rancangan TV dengan baik? Ini adalah satu kemahiran yang mesti diberi tumpuan semua pengacara. Ya kemahiran ini boleh dipelajari dan ditimba.

Selain daripada melatih diri dengan membaca dan memerhati cara pengacara-pengacara lain beraksi, anda boleh cuba langkah-langkah berikut ini.

Langkah-langkah unik menguatkan kefasihan kita:

Sujimy memenangi 2 Anugerah. Pengacara Terbaik & Personaliti Paling Popular 1999.

  1. Anda mesti pandai bergaul dengan seberapa ramai orang di sekeliling anda. Jangan bergaul dengan teman yang sebaya sahaja. Anda mesti boleh bergaul dengan orang dewasa, kanak-kanak, warga tua, malah sesiapa sahaja. Dan bila anda bergaul, janganlah banyak memberi pendapat atau syiok sendiri berbual. Tetapi latih diri untuk mendengar kemudian banyakkan bertanya. Kerana bila kita melatih untuk lebih banyak bertanya (dari berbual), kita sebenarnya melatih diri untuk memikirkan bagaimana untuk menyambung perbualan yang seharusnya rancak. Bila kita faham soalan apa yang perlu ditanya untuk merancakkan perbualan, kita akan tahu bagaimana merancakkan sebuah sesi interview televisyen atau sebuah segment rancangan TV.
  2. Banyak membaca bahan bacaan diluar minat kita. Ini akan meluaskan pengetahuan kita. Kemudian, cuba latih diri untuk menyampaikan informasi yang dibaca itu kepada teman (atau ahli keluarga) tanpa bergantung kepada bahan bacaan. Galakkan orang yang mendengar supaya bertanya dan kemudian anda cuba menjawabnya menggunakan ayat sendiri. Jika anda dapati anda belum cukup mahir dalam menjawab segala soalan dengan baik, itu menandakan anda belum mahir menyusun perkataan atau belum cukup menghayati topik yang dipilih.
  3. Ambil akhbar Melayu dan pilih sebuah laporan. Setelah membacanya, cuba mengolah cerita itu dengan menggunakan ayat anda sendiri. Jika orang yang mendengarnya buat pertama kali memahami penyampaian anda, syabas. Maknanya anda boleh ‘ad lib’ dengan baik. ‘Ad lib’ adalah istilah industri kita yang bermaksud ‘improvise’ atau ‘daya spontan’ atau ‘kebolehan mengolah ayat sendiri’.
  4. Ada banyak lagi perkara yang boleh anda buat untuk meningkatkan penguasaan bahasa anda dan menjadi lebih fasih. Yang penting terus berlatih dan jangan putus asa.


Sehingga di lain kesempatan. :)


6 comments


  • Najihah

    Saya ada satu passion dan cita2..iaitu utk menjadi hos rancangan travel/backpackers. Mcm mana ek nak grab peluang tu huhu. Saya juga petah berbicara dan jenis senang masuk dengan semua budaya,


  • Nur

    Pengacara tv ni impian dan cita2 sy dr kecik lg. Insha Allah apa yg sy dpt info dr blog ni dpt improve my confident. Aminnn


  • Uzair

    Perkongsian yang amat boeek?……mempunyai berbagai cita2 kn tidak salah


  • Naila eiffa

    Saya nak uji bakat boleh? Tapi skarang sy sdg mengambil degree di mesir..


  • adilah

    terima kasih atas nasihat yang diberi , saya akan menggunakan nasihat INI sebaik baiknya until masa depan saya insya Allah amin


Leave a comment