New Hope…

Bila sesuatu yang tidak dirancangkan berlaku, ia tidak bermakna perkara itu tidak baik untuk kita. Saya mengalaminya berulangkali.

Misalnya, dahulu saya sering menggunakan khidmat sebuah syarikat untuk membuat ‘video editing’. I outsource it. Tetapi satu ketika itu syarikat ini berkembang dan tidak dapat menampung permintaan kami untuk mendahulukan kerja-kerja kami. Ia menjejas rancangan kami.

Lalu kejadian ini memaksa saya mencari jalan keluar dengan cepat. Setelah saya fikirkan masak-masak, saya mengambil keputusan untuk menubuhkan unit post-production saya sendiri agar saya boleh menampung segala kerja-kerja suntingan video. Setelah menubuhkan unit ini, saya dapati kesudahannya cukup baik. Syarikat saya dapat menampung sendiri keperluan suntingan video sekaligus mengurangkan kos.

Jika perkara yang tidak dirancangkan itu tidak berlaku, tak mungkin saya mula memikirkan perkara itu secara mendalam.

Ada banyak lagi contoh seperti ini yang saya dan Abang Abu kongsi di dalam CD Siap Berniaga Dalam 10 Hari. Saya berharap anda dapat manfaatnya.

Selamat Maju Jaya!


Leave a comment