Otai maintain

Bila saya bertemu Yazid Lovehunters, Man Kidal, Hanafie Warren dan Dato' Nash, saya sangat kagum dengan kebolehan mereka menyanyi dan menghiburkan penonton. Suara mereka memang maintain - maklumlah, tidak seperti organ-organ lain dalam badan kita, suara kita tidak boleh tua - tetap sama. 

Apa yang mengkagumkan saya juga adalah kemahiran Man Kidal, Din Lovehunters dan Addy Cradle yang cukup tinggi. Mereka sudah dapat mencapai tahap 'master' dalam kemahiran bermain gitar.

Saya bayangkan sesiapa saja yang mencapai tahap 'master' - maksudnya tahap kecemerlangan - mereka boleh bertahan lama dalam industri mereka.

Kita harus menajamkan kemahiran kita hingga ke tahap 'master'.  Itulah yang saya raih bila melihat mereka beraksi. 


Leave a comment