Projek Qurban & Aqiqah di Lombok

Salam semua, terima kasih kerana sudah menempah Qurban & Aqiqah menerusi sujimy.com 

Ini adalah projek Bersama Haji Anis Bin Ali selaku pengurus dan penyelenggara.

Ini adalah beberapa updates:

Tarikh: 20 Ogos 2018

Pihak Haji Anis berangkat ke Lombok dan sedang membuat persiapan.

Tarikh: 20 & 21 Ogos 2018

Persiapan dijalankan di Lombok. (Sumber Video: pasukan  Haji Anis)

 

Tarikh: 22 Ogos 2018 

Korban sudah bermula dan pihak Haji Anis akan berada di Lombok sehingga 26 Ogos 2018 untuk melelengkapi semua korban. Oleh kerana kami menerima banyak tempahan, Alhamdulillah, ia akan mengambil masa 3 atau 4 hari untuk melengkapkan kesemuanya.

Daging-daging sudah mula diedarkan kepada para penerima.

26 Ogos 2018

 

Alhamdulillah, Ibadah Qurban & Aqiqah bagi jemaah Singapura yang menempah menerusi Haji Anis & sujimy.com di Lombok sudahpun terlaksana. Pasukan Haji Anis telah ke Lombok hampir seminggu untuk melaksanakan ibadah qurban yang telah anda tempah. Jutaan terima kasih kerana anda telah membantu penduduk Lombok menerima daging-daging korban. 

Sekalung budi dan kasih juga kami hulurkan kepada pihak Pondok Pesantren Darul Muhibbin NW Mispalah Praya yang telah membantu menyelenggarakan ibadah qurban ini dengan baik.

Sijil dan gambar akan diedarkan kepada para jemaah 3 minggu dari 26 Ogros 2018. 

Kami akan terus mengemaskini post/lelaman ini (kika perlu).

Semoga Allah terima amalan kita. Aamiin.  


Leave a comment