Salam Maal Hijrah


Mari mulakan Maal Hijrah ini
Dengan harapan teramat tinggi
Segala masalah terhurai nanti
Segala kesulitan terburai pasti


Kerana bila kita mula beraksi
Mencari jalan keluar yang mengatasi
Yang rumit mula terhenti
Yang sukar mula serasi
Nasib mula bertukar ganti


Oleh itu jangan berhenti
Usah bertanya mengapa ini terjadi
Tanya bila semangat kembali berapi
Hadapi masalah harus berani


Rupanya kita tersalah arti
Yang buruk terjadi, ada tanda ada isi
Bila dikupas kebaikannya melebihi
Jangan keterlaluan menghukum diri


Kesat tangisan, bangkit dan senyumkan diri
Kerana akal kita berdaya, tiada bertepi
Setelah masalah terhapus kini
Darjat dipertingkat, kejayaan mengekori


Leave a comment