Sedang dalam perjalanan ke Doha.

Saya baru pulang dari Seoul sebenarnya. Terasa teruja sangat di sana kerana inilah kali pertama saya dan keluarga berada di negeri yang penuh dengan sejarah ini. (I have posted some photos on my FB public page)

Kini saya dalam perjalanan ke Doha. Tujuan saya ke sana adalah untuk mempelajari dan mendekati budaya niaga di timur tengah sekaligus bertemu dengan beberapa syarikat penerbitan TV.

Harap sangat dapat bertemu sebuah syarikat yang serasi. InsyaAllah. Bukan mudah untuk bertemu ‘jodoh’ yang tepat dalam perniagaan, lebih-lebih lagi di luar negara.

Semasa saya di Nice (France) beberapa tahun yang lalu, setelah mencari-cari, saya bertemu dengan syarikat yang boleh mengedarkan rancangan-rancangan kami ke seluruh dunia. Sehingga hari ini kami dapat bekerjasama. Itulah yang saya harapkan dalam lawatan saya ke timur tengah.

Setelah Doha, saya akan ke Abu Dhabi dan Dubai. Will be meeting some contacts in Dubai Film Festival too.

Hope to blog some stuff from there.

Stay cool everyone!


Leave a comment