Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia

Kami terbitkan sebuah episod khas membincangkan cabaran dan keistimewaan wanita.  

Terasa amat bertuah kerana dapat bertemu 2 wanita yang sesuai dipaparkan - Sharon Ismail (Pensyarah, Pelakon, Pengacara, Ibu kepada 2 orang anak & Penulis) dan Puan Hazizah Awang (Pemenang Anugerah Ibu pilihan majalah Manja 2014). 

Apa yang saya pelajari: 

1. Kelembutan wanita adalah kekuatan mereka.  

2. Lahirkan kesabaran dalam apa jua suasana.

3. Buat perkara yang sihat untuk menangani tekanan. 

Kami juga mengundang pemuzik daripada Orkestra Melayu Singapura - mereka sangat berbakat! Ini adalah kali pertama Selamat Pagi SG  mengundang pemain muzik wanita ke studio... Sesuai dengan tema wanita hari ini. 

Siapalah lelaki tanpa wanita. Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggegarkan dunia.

 

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!


Leave a comment