Semarakkan kerja

 

Alhamdulillah, sekali lagi kita sampai ke bulan Ramadan. 

Kita sudah terpilih untuk memulakan ibadah Ramadan - In Shaa Allah. Ramadan membawa makna yang besar dan kita sentiasa mencari BarakahNya di samping menjalankan tugasan kita seharian. Saya percaya, setiap pekerjaan kita boleh disinambungkan dengan bulan Ramadan ini. Kadang-kala kerja kita secara semulajadi akan selari dengan kegiatan-kegiatan di bulan Ramadan dan kadang-kala ia memerlukan usaha yang lebih sedikit untuk sepadankan dengan bulan ini.

Saya jatuhkan niat dahulu agar saya dapat satukan pekerjaan saya dengan bulan Ramadan. Kerana kesibukan kerja semasa Ramadan perlu juga mengambil kira ibadah puasa yang sedang kita jalankan.

Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mengemudi kerja saya agar ianya bersesuaian dengan permintaan Ramadan.

Selain daripada peluang menerbitkan rancangan TV CahayaMu, saya juga bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan syarikat POKKA untuk mengagihkan minuman-minumannya kepada mereka yang memerlukan. Saya yakin ini dapat menceriakan Ramadan mereka. Terimakasih kepada  POKKA yang ingin sama-sama membantu.

Saya sering mengharap dapat menyemarakkan tugas saya dengan apa yang boleh kita pertingkatkan di bulan yang penuh Barakah ini.

Saya doakan anda juga sudah dan boleh melakukannya.

#alhamdulillah

 


Leave a comment