... setelah mogok

Bila saya ke Nice (Perancis) untuk menjual-beli rancangan televisyen, saya sempat menaiki keretapi lalu berniat untuk ke Monaco dan meneroka Monte Carlo. Tetapi semasa perjalanan ke sana, para pekerja khidmat keretapi tiba-tiba mogok. Kami terkandas di kawasan Rue Marceau - jauh dari Monte Carlo. Saya mengambil keputusan untuk berjalan mengelilingi kawasan ini sehingga bertemu dengan sebuah tempat bernama Masséna Zone (gambar di bawah).

Masséna Zone ternyata bandar yang sesuai untuk bersantai dan membeli-belah. Anda juga boleh melihat seniman jalanan di sini. Saya sangat teruja kerana kecantikannya membuat saya terlupa kami terkandas di sini.

Bagaimana kami pulang ke hotel tanpa keretapi? Saya dan rakan kerja saya membuat keputusan menaiki bas pulang. Suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.


Leave a comment