Siap Berniaga Dalam 10 Hari

Alhamdulillah. Saya panjatkan syukur kepada Allah yang telah memudahkan usaha kami untuk menghasilkan program audio 10-modul ini. Semuanya bermula 2 tahun yang lalu bila Abang Abu berbincang dengan saya bagaimana kita boleh mengongsi pengetahuan serta memanfaatkan mereka yang ingin membuka perniagaan.

Kami berdua percaya masyarakat Melayu/Islam harus melahirkan lebih ramai peniaga di masa-masa akan datang.

Setelah beberapa pertemuan, kami menyarankan agar menghasilkan audio CD yang boleh menjadi panduan kepada mereka yang ingin menyiapkan diri untuk berniaga.

Begitulah secara ringkas bagaimana SIAP BERNIAGA DALAM 10 HARI  dilahirkan.

Pernahkah anda idamkan perniagaan yang berjaya tetapi kurang pasti cara dan ciri-ciri penting untuk mengendalikannya? Ayuh bersama saya dan Abang Abu  dalam program audio yang memberi anda pengetahuan lengkap membina perniagaan anda DALAM 10 HARI!

Dalam program audio CD ini, anda boleh meraih ilmu menyiapkan diri dalam segala aspek: Membina Keyakinan, Pemasaran, Pengiklanan, Mencari Modal Perniagaan, Menarik Pelaburan, Memperbaiki Cashflow, Mencari & Melayan Pelanggan, Tunggak Niaga, Bertahan Dalam Krisis, Meningkatkan Keuntungan dan banyak lagi!

Siap Berniaga Dalam 10 Hari juga menampilkan Ustaz Syed Mustafa Alsagoff (modul ke-10) yang menerangkan perniagaan dari segi Islam.

Produk ini sesuai bagi mereka yang bercita-cita untuk berniaga dan para peniaga yang ingin mengembangkan usaha niaga mereka.

Kami akan melancarkan produk ini pada 26 Feb 2011, 2 hingga 6 petang bersama kegiatan Cabaran 101010 di Republik Polytechnic.

Kami akan tawarkan harga yang istimewa bagi mereka yang hadir pada hari pelancaran. Kami juga akan memberi peluang kepada semua affiliate kami untuk menjual produk ini. Nantikan keterangan lanjut ok.

Selamat maju jaya semua!


Leave a comment