Terbitkan rancangan yang bermoral.

Kerana rancangan TV yang bermoral dan memberi pengajaran atau ilmu yang baik juga akan ada permintaan dan sokongan orang ramai. 

Malah banyak juga rancangan yang penuh dengan inti nasihat dan inspirasi dapat menembusi pasaran yang dulunya sukar ditembusi. 

Misalnya Upin & Ipin. Rancangan ini penuh dengan nilai moral yang baik untuk anak-anak. Ia sudah menembusi pasaran Malaysia, Singapura & Indonesia! Seperti yang kita tahu, pasaran Indonesia sememangnya sukar ditembusi tetapi Upin & Ipin dapat melakukannya. 

Saya juga dapati rancangan yang mementingkan nilai hidup dan moral akan selalu mendatangkan kesan yang mendalam kepada penonton. 

Sering saya dapat maklumbalas dari penonton yang mereka masih ingat dengan rancangan Kau Istimewa, Ibu, Tabah, Hanyut dan banyak lagi rancangan yang kami cuba terapkan unsur pembentukan nilai diri. Malah rancangan-rancangan inilah yang dapat perhatian juri tempatan dan antarabangsa dalam menilai mutu rancangan. 

Jika anda seorang penerbit, marilah kita sama-sama membangun masyarakat dengan konsep rancangan TV yang boleh membantu generasi akan datang. Saya berharap lebih banyak rancangan bermoral (dalam apa genre sekalipun) yang dapat diterbitkan di masa hadapan.


Leave a comment