The Centennials Asia

Lama kita tak bersua.

Setelah kami menerbitkan Karung Guni Muda, pasukan ScreenBox kini sedang menyiapkan rancangan The Centennials Asia untuk saluran Channel News Asia.

Ini adalah musim ke dua. Dalam musim pertama kami telah memaparkan 9 syarikat berumur 100 tahun (ke atas) yang berpangkalan di Singapura. Syarikat-syarikat ini termasuk Bata, Cold Storage, Victory, Hock Lam Noodles House, United Engineering, Rodyk & Davidsons LLP, Robinsons, F&N dan Boustead.

Bagi musim ke-2 ini, kami merantau serata Asia untuk mencari syarikat 100 tahun ke atas. Kami sudah pun ke Jepun dan merakamkan 3 syarikat gergasi termasuk Yamaha, Ajinomoto & Seiko.

Sekarang ini pasukan ScreenBox sedang berada di Hong Kong untuk merakamkan cerita disebalik syarikat Lee Kum Kee. Kami juga akan ke Macau, China & Malaysia.

Nantikan siaran The Centennials Asia tidak lama lagi.


Leave a comment