Tiada gym hari ini

Setiap Sabtu saya selalu ke gym. Hari ini terkecuali. Jadi saya ambil keputusan ke jurong lake untuk berbasikal dan membuat senaman HIIT (High Intensity Interval Training) sendiri selama 20 minit. 

Oleh kerana lutut saya sudah ada kecederaan (saya dahulu aktif bermain rugby dan bolasepak), saya dah tak boleh jogging.  Jadi HIIT dan berbasikal lah cara saya mendapatkan senaman cardio.  

 

Gambar di atas ini saya ambil setelah habis senaman. Self-portrait lah katakan... Selepas dah petik gambar ni terasa malu pula nak letak di sosial media. Jadi muatnaik di sini sahajalah Ok :)

Selamat berhujung minggu semua. 


Leave a comment