Volunteer in other departments

Banyak kebaikannya bila anda menyumbangkan tenaga dan masa kepada unit-unit lain di tempat kerja:

  1. Boss-boss di department lain mengenali anda dengan lebih rapat. Saham anda boleh naik. Bila masa ‘company cross-ranking’ tiba, ini akan membantu. Selalunya syarikat-syarikat akan mencari siapa yang boleh bekerja dengan seberapa ramai pekerja lain dan harus dinaikkan pangkat. Bila banyak boss-boss lain yang menyarankan nama anda, sudah tentu anda menjadi pilihan utama.
  2. Anda boleh mengetahui cara syarikat anda dikemudikan secara menyeluruh. Anda akan menjadi seorang yang mempunyai ‘helikopter view’. Ini penting untuk naiki tangga korporat.
  3. Mudah bagi pihak pengurusan memindahkan anda ke department lain jika itu yang anda inginkan. Anda sudah tahu siapa dan bagaimana department itu berfungsi.

Ini hanyalah antara kebaikan bila menyumbangkan tenaga ke unit lain di tempat kerja. Ada banyak lagi. Yang penting, lakukan dengan ikhlas kerana ganjarannya akan menjadi berkat.

Dapatkan tip-tip lain di eBook saya.

Be outstanding. Selamat maju jaya!


Leave a comment