Warkah dari Ayah #3 - Tentang  Atok dan Nenek

Warkah dari Ayah #3 - Tentang Atok dan Nenek

Warkah dari ayah.

Wahai anakku, ayah nak pesan.... bila atuk dan nenek ajak berbual, tataplah wajah mereka. Di wajah mereka ada syurga. Letakkan telefon itu sementara, kerana usia mereka sudah senja. 

Wahai anakku, ayah suka melihat kalian tunduk bila berjalan di hadapan orang tua. Kerana tunduk mengajar kita erti bijaksana. Kita tinggikan darjat orang tua nanti darjat kita ikut sama.

Wahai anakku, atuk dan nenek dah lama makan garam dulu, jadi jangan lupa salam mereka bila nak keluar pintu. Cium tangan, ambil berkat barulah teruskan perjuanganmu. 

Perhatikan, wahai anakku, apa yang Atok dan Nenek lakukan semasa Ramadan yang mulia. Walau sudah berusia, mereka tidak letih mencari pahala, biarpun sederhana bentuknya. Tiada lagi mengejar dunia yang sementara. Kalau kau turut serta mencontohinya, pasti dunia dan akhiratmu tiada angkara.   

Wahai anakku, itu saja pesanan ayah dalam bulan Ramadan. Bulan kejayaan bagi mereka yang dahagakan keampunan.

Warkah dari Ayah #1

Warkah dari Ayah #2


Leave a comment