10 Perkara Saya Belajari dari 10 Juawatan Asia

  • Sale
  • Regular price $12.00


Saya bangkit dari sebuah keluarga miskin untuk mencipta nama dalam industri media setempat dan antarabangsa. Alhamdulillah sejak menubuhkan syarikat penerbitan TV, ScreenBox Pte Ltd, pada 1999, saya dapat mencapai penjualan yang sangat memberangsangkan.

Tidak mustahil untuk menjadi kaya. Sesiapa saja boleh melakukannya. Anda hanya perlukan panduan, tumpuan dan kegigihan untuk mengejar impian. Lebih-lebih lagi jika panduan itu datang dari mereka yang sudah berjaya terlebih dahulu.

Kepintaran mereka berniaga dan menjana jaringan kenalan yang saling menguatkan cukup memberi sesiapa saja semangat untuk meneladaninya. Panduan-panduan yang dikongsi dalam buku ini tidak rumit untuk dicontohi malah ia mudah bagi kita amalkan dalam usaha kita setiap hari.

Ayuh, mari kita buat duit! Mulakan perjalanan anda hari ini. Hidupkan impian anda dan dapatkan rahsia kejayaan 10 jutawan Asia!