Bersama Sujimy Mohamad


Anda kini boleh bekerjasama dengan Sujimy untuk menerbit vlog atau kandungan video bagi syarikat, khidmat, acara atau produk anda.

Vlog-vlog Sujimy Mohamad sudah mencapai jutaan penonton di rantau ini. Berikut adalah beberapa contoh kandungan yang boleh diterbitkan dan diedarkan di lelaman FB pagenya:

  • CERITA SEBENAR (PESANA AWAM)
    view ⬈

  • REVIU ATAU PROMOSI PELANCUNGAN
    view ⬈

  • MENDEKATKAN PRODUK DI DALAM VLOG
    view ⬈

  • RANCANGAN LIVE DI MEDIA SOSIAL / MULTI-CAMERA
    view ⬈

sujimy_masterclass_vlogger_influencer.jpg

Mengolah cerita menggunakan video adalah kepakaran saya selama lebih 30 tahun. Kita boleh berkolaborasi dalam pembikinan video atau vlog untuk mempromosikan khidmat, produk atau acara anda :)

Saya juga memberi khidmat konsultasi media sosial kepada syarikat-syarikat yang ingin memasarkan usaha & produk kepada masyarakat Melayu/Islam di rantau ini. Saya ada bengkel media sosial khusus untuk syarikat-syarikat atau badan-badan yang ingin melatih para pegawainya menerbitkan sendiri kandungan video untuk kegunaan media sosial. Ini bermakna anda boleh menjimatkan wang dan perbelanjaan dalam mendapatkan usaha untuk mempromosikan khidmat, produk atau acara syarikat anda di media sosial.

Saya juga gemar memberi ceramah kepada sekolah-sekolah, badan-badan, persidangan, seminar dan kumpulan khusus yang ingin mengetahui tentant perkembangan media umum dan media sosial dan bagaimana kita boleh menggunakan kandungan video di media sosial dengan berkesan dan bertanggungjawab.

Saya menganjurkan bengkel-bengkel vlog, penerbitan video & kandungan media sosial untuk peserta dewasa, profesional dan juga para pelajar. Saya gear mengongsi ilmu agar anda boleh meraih manfaatnya daripada 30 tahun pengalaman media & penerbitan yang sudah saya lalui.

Untuk keterangan lanjut atau mendapatkan khidmat saya dalam menghasilkan vlog, copywriting, suara latar, bengkel media sosial, lengkapkan borang pertanyaan di bawah:


 

Hubungi Sujimy secara langsung