Ayah saya akan ulang-alik ke kerja dengan basikal tuanya. Tiap kali beliau pulang dari kerja, saya sering melihatnya menunaikan solatnya dahulu, walaupun penat, sebelum beliau rehat di kerusi panjang lagi usang di rumah lama kami.
MUSOLLAH AT BIG BOX (JURONG EAST)
I managed to record the way to the solat room at Big Box. I must say the solat room is well built. Salute to management and the good people in Big Box.
There's two ways to go down to the basement carpark - towards the solat room. I'm showing you one way.
Share and let your friends & families know - so they don't miss their Solat while shopping.
Selamat Menyambut Ramadan
Semoga ibadah kita diterima Allah dan diberikan kesihatan untuk melengkapinya.
Witnessing something different
#ceritaahadlalu: I was happy to get an opportunity to be involved in a closed religious forum on Faraid which took place at Al Mukminin Mosque. It was a forum to help around 100 participants understand the Syariah’s way of estate planning based on Faraid.
The 4 hour long forum was extra special because my wife volunteered to organize this event. She has been busy planning this forum for the past 6 months, together with 20 other committee members from 2 mosques. It was nice to see her work on something completely different that benefits the community.
As a forum moderator of the event, I myself have learnt so much about Faraid and the importance of making simple preparations with regards to wealth management before we leave this world.
(Also in Photo: Al Hafiz Ustaz Firdaus Yahya, Sadali Rasban & Ustaz Fahkrur Radzi Md Noor)
Kuat mengharungi dugaan
Dalam menjalankan tugas saya, kadang kala saya bertemu dengan individu yang sangat kuat mengharungi cabaran.
Seperti Nenek Selmah ini, 76 tahun, seorang pesakit ginjal dan seorang diri menjaga anak 48 tahun yang lemah mentalnya. Sedikitpun saya tidak melihat beliau komplen tentang keadaannya.
Setelah menjalankan beberapa sesi penggambaran, walaupun sudah tidak kuat, beliau masih boleh senyum dan mahu meneruskan penggambaran agar ramai yang dapat mengetahui ceritanya.
Kisah Nenek Selmah, dan ramai lagi, dalam CahayaMu, setiap hari Isnin, 9 malam di Suria.
Otai maintain
Bila saya bertemu Yazid Lovehunters, Man Kidal, Hanafie Warren dan Dato' Nash, saya sangat kagum dengan kebolehan mereka menyanyi dan menghiburkan penonton. Suara mereka memang maintain - maklumlah, tidak seperti organ-organ lain dalam badan kita, suara kita tidak boleh tua - tetap sama.
Apa yang mengkagumkan saya juga adalah kemahiran Man Kidal, Din Lovehunters dan Addy Cradle yang cukup tinggi. Mereka sudah dapat mencapai tahap 'master' dalam kemahiran bermain gitar.
Saya bayangkan sesiapa saja yang mencapai tahap 'master' - maksudnya tahap kecemerlangan - mereka boleh bertahan lama dalam industri mereka.
Kita harus menajamkan kemahiran kita hingga ke tahap 'master'. Itulah yang saya raih bila melihat mereka beraksi.
Saya ada 2 saranan untuk mengatasi 2 remaja radikal
Anda juga boleh ke FB Page saya (di bawah) untuk bersama mereka yang sudahpun memberikan komen mereka tentang perkara ini:
Mussollah at Jurong Point
Musollah at Jurong Point 1. I managed to record directions to the solat room in Jurong Point. There's a wudhu area there too. If it is locked, you may ask for the keys from security guard or the lady who sells snacks (keropok) near the travelator.
Tidak disangka dapat bekerjasama
Bila saya bertemu mereka Ahad lalu untuk melaksanakan projek ini, saya dapat rasakan keghairahan mereka untuk membuat kejutan ini berjaya. Semangat mereka membuat saya dan rakankerja sungguh.com benar-benar ingin melihat ianya berjalan lancar.
Terfikir
Dah besar malu ke cium Mak?
Kalau cium tandanya Macho, kalau tak cium Mak, kita boleh hancur.
Saya terharu kerana ramai yang mengongsi video ini dari FB page rasmi saya. Terimakasih semuanya. Benar, doa Ibu ada power!
Selamat menyambut Hari Ibu!
Anda juga boleh menontonnya dari Youtube di bawah:
Life lessons number 7 from my 6-year old
Allah mengembangkan usaha yang baik
Sekitar 6 atau 7 tahun lalu, saya mula berniat untuk mendekati pelajar Melayu untuk berkongsi pengalaman saya dengan harapan dapat dijadikan motivasi untuk mereka meneruskan usaha mereka di sekolah dan terus tanamkan semangat untuk berjaya. Saya dapati, bila saja saya menjatuhkan niat itu, saya mula mendapat undangan dari sekolah-sekolah untuk bertemu pelajar-pelajar berisiko.
Selamat pengantin baru Taufik & Sheena!
Kepada @taufikbatisah dan Sheena, kami mendoakan anda akan mendapat kebahagiaan dan perlindungan Allah dengan terbinanya mahligai anda berdua ini. Perjalanan sebagai suami isteri sungguh mengajarkan kita menjadi lebih sedar tentang kebijaksanaan Allah memberi kita pasangan yang sangat sesuai supaya kita boleh melangkah lebih jauh lagi di dunia ini dan akhirat nanti.
Semuanya akan menjadi lebih indah, tenang serta meriah & mudah kerana adanya pasangan kita bersama ke mana saja kita berada. In Shaa Allah.
Semoga segala kekhuatiran anda berdua lenyap dengan bersatunya niat anda untuk hidup bersama hari ini. Aameen.
Selamat Pengantin Baru! #shique2015 #awakkatmane
Berkat yang di berikan.
Berkat yang diberikan.
Tiada gym hari ini
Setiap Sabtu saya selalu ke gym. Hari ini terkecuali. Jadi saya ambil keputusan ke jurong lake untuk berbasikal dan membuat senaman HIIT (High Intensity Interval Training) sendiri selama 20 minit.
Oleh kerana lutut saya sudah ada kecederaan (saya dahulu aktif bermain rugby dan bolasepak), saya dah tak boleh jogging. Jadi HIIT dan berbasikal lah cara saya mendapatkan senaman cardio.
Gambar di atas ini saya ambil setelah habis senaman. Self-portrait lah katakan... Selepas dah petik gambar ni terasa malu pula nak letak di sosial media. Jadi muatnaik di sini sahajalah Ok :)
Selamat berhujung minggu semua.
Looking forward
Good morning. It's past mid week! Things are moving fast isn't it? We are now at the tail-end for some of our TV shows and pre-production stage for the upcoming ones. So I thought I take a breather and enjoy this #sunrise. #screenbox @screenbox_tv
Ketenangan
Pada hari Jumaat penuh Barakah ini saya doakan anda dijauhkan segala kekhuatiran dan didekatkan segala ketenteraman. Aameen.
Make genuine connections
Sometimes in life you feel that you can be alone and go through life, thinking that other people's view don't matter. While some opinions from others do not deserve our attention, there are views that we need to listen to and check ourselves very closely. Especially views from loved ones.
Bottom line is we can't be alone and hope things will fall into the right places. We need to bounce off our ideas with other people and we need people around us to share our sorrows and happiness and our fears too. We also need our close ones to tell us when we go astray or overboard and also when we need assurances. We need people to share our small successes or epic failures. We need the right people to move on, and to move on the right path. This is an age-old cure for humanity. We all need it at some level. So go out there and make a genuine connection with someone and seek worthy friends. Keep the faith.
#myreflection #togetherness #TrustAllah #knoweachother
Berkongsi hidup, berkongsi perniagaan.
Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia
Kami terbitkan sebuah episod khas membincangkan cabaran dan keistimewaan wanita.
Terasa amat bertuah kerana dapat bertemu 2 wanita yang sesuai dipaparkan - Sharon Ismail (Pensyarah, Pelakon, Pengacara, Ibu kepada 2 orang anak & Penulis) dan Puan Hazizah Awang (Pemenang Anugerah Ibu pilihan majalah Manja 2014).
Apa yang saya pelajari:
1. Kelembutan wanita adalah kekuatan mereka.
2. Lahirkan kesabaran dalam apa jua suasana.
3. Buat perkara yang sihat untuk menangani tekanan.
Kami juga mengundang pemuzik daripada Orkestra Melayu Singapura - mereka sangat berbakat! Ini adalah kali pertama Selamat Pagi SG mengundang pemain muzik wanita ke studio... Sesuai dengan tema wanita hari ini.
Siapalah lelaki tanpa wanita. Tangan yang menghayun buaian itu boleh menggegarkan dunia.