Siri ketiga Bongkar

Kami sudahpun di pertengahan penggambaran siri terbaru Bongkar. Kali ini kami memaparkan kisah-kisah korporat dan individu yang serong kelakuannya. 

Bila ada syarikat atau individu yang mula menipu, apakah hak anda? Apakah yang boleh anda lakukan? Siri ini akan disiarkan hujung bulan disember 2014 ini.  

image.jpg

MIPCOM membuka mata saya kepada perniagaan televisyen antarabangsa

Pertama kali saya ke MIPCOM (Cannes, France) adalah pada tahun 1998. Saya ke sana setahun sebelum saya menubuhkan syarikat ScreenBox.

MIPCOM boleh dikatakan sebuah pertemuan besar-besaran antara stesen TV, penerbit, penulis dan sesiapa saja yang ingin berjual-beli dalam arena televisyen. Sebelum itu saya tidak tahu bahawa acara sebegini wujud untuk pemain industri televisyen.

Di sini saya pelajari kita boleh:

1. menjual idea rancangan TV kita kepada sesiapa saja atau mana-mana stesen di dunia ini

2. mendapatkan dana untuk penerbitan TV

3. bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menerbitkan rancangan TV anda

4. menjual rancangan TV anda yang sudah tersedia

5. mencari pengedar antarabangsa untuk rancangan TV anda

... dan banyak lagi!

Saya dapat melihat bagaimana pihak antarabangsa membuat 'deal' untuk berjual-beli rancangan. Saya juga didedahkan kepada segala aspek perniagaan TV yang boleh dilaksanakan di arena antarabangsa.

Cukup memberi ilmu. Alhamdulillah.

Bila saya pulang ke Singapura, ia menjadi landasan kepada perancangan saya untuk menubuhkan syarikat ScreenBox. Saya kembali mengambil bahagian dalam MIPCOM seberapa boleh. Alhamdulillah, menerusi pertemuan pengedar antarabangsa di MIPCOM,   rancangan kami sudah pun diedarkan ke hampir 20 negara di seluruh dunia.

Jadi kepada sesiapa saja yang ingin mengembangkan perniagaan TV mereka, haruslah ke MIPCOM - ia boleh mengubah pandangan kita tentang dunia televisyen.

Selamat maju jaya semuanya! 

Meneruskan rancangan Selamat Pagi SG

Bayangkan, 13 tahun lalu saya mengacarakan rancangan selamat pagi yang terakhir. Saya rasa bagaikan tidak percaya diberi peluang sekali lagi untuk mengacarakan rancangan ikonik Selamat Pagi SG ini, sekaligus menerbitkannya. 
Alhamdulillah. 
Terlalu banyak kenangan manis yang sudah tersimpan bersama SPS dahulu. Kini tiba masanya saya mulakan perjalanan baru serta mengumpulkan kenangan-kenangan baru dengan rakan-rakan pengacara Selamat Pagi SG yang terkini lagi saya hormati.

Kita bertemu di kaca TV pada 30 November nanti ya. #selamatpagisg 

Selamat Pagi SG kembali!

 

Sudah rasmi! 

Setelah lebih sedekad, rancangan Selamat Pagi SG akan kembali menemui anda setiap hari Ahad mulai 30 November 2014, jam 10 pagi di Suria.

Saya terharu sekaligus gembira syarikat ScreenBox diberi peluang untuk menerbitkan rancangan Selamat Pagi SG ini. Alhamdulillah.

Nantikan blog dan gambar-gambar di sebalik tabir menyiapkan rancangan ikonik ini. 

Jangan lupa ikut FB page Selamat Pagi SG untuk segala informasi terkini mengenai rancangan ini.

Instagram Rasmi: @selamatpagisg

#SelamatPagiSG

Sampai kita jumpa setiap ahad nanti ok!



Yomi - rakaman sudah bermula

Teruja rasanya menerbitkan siri drama kerana drama terakhir syarikat ScreenBox adalah beberapa tahun dulu. Kami lebih banyak menerbitkan rancangan informasi dan dokumentari. 

Apatah lagi kami dapat memilih Sanif Olek untuk mengarah drama ini. Saya rasa tidak sabar menantikan kesudahan rakaman YOMI.  

Idea drama Yomi ini dihasilkan bersama kakitangan ScreenBox. 

Dapatkan informasi lanjut tidak lama lagi. Yomi akan keudara di saluran okto Januari 2015.  

Oktocup Musim Kedua akan kembali

Tahun lalu siri oktocup menarik 480 pasukan untuk bertanding. Tahun ini rancangan yang merakamkan pertandingan futsal ini telah pun menarik 600 pasukan bila pendaftaran berakhir semalam di tampines mall. 

Malah, pendaftaran terpaksa ditutup sekitar tengahari kerana jumlah yang boleh bertanding sudah pun tercapai. Ada yang terpaksa berada dalam senarai menunggu.  

Jangan lupa bersama Suhaimi Yusof dan Aiken Chia dalam oktocup 2 pada bulan Disember 2014 nanti. (saya dengar ada hos ketiga yang akan diperkenalkan!)