SG Inspirasi

This is Asyraf Chumino. He quit school at the age of 10 to care for his ill mom for 6 years. When his mom got better, he decided to continue his studies. With no PSLE certificate, he had problems joining secondary school. ITE accepted him and in ITE he was awarded Lee Kuan Yew Scholarship and Lee Hsien Loong Special Achievement award. How did he do it?

Watch his story on @selamatpagisg this Sunday (1 Mar 2015),10am, @mediacorp_suria 
‪#‎respect‬ ‪#‎ScreenBox‬ ‪#‎SGinspirasi‬

If you like this story, join the conversation on my page below:

Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

 

Hari ini letakkanlah handphone kita buat sementara

Dongak dan lihatlah setiap ahli keluarga 

Yang sedang makan menjamu selera

Mungkin ada berita yang mereka bawa

Mungkin ada masalah yang sedang mereka derita

Mungkin juga ada perkembangan yang ingin mereka cerita

Semuanya tidak sempat dikongsi kerana kita kesempitan masa

Tidak bersama mereka, walau duduk semeja

Kita sanggup dekatkan rakan yang berada jauh nun di sana

Rakan yang sentiasa online tidak mengenal masa

Yang tidak tahu kita sedang bersama keluarga

Masa itu singkat belaka

Rugi, masa tidak diluangkan buat keluarga yang di depan mata

Antara rakan dan keluarga, mana yang berhak atas diri kita?

Letakkanlah handphone itu buat sementara

Keluarga itu pertama, rakan tempat kedua

Elak kekesalan

Kesal kerana kerja terlalu kuat sehingga tidak menikmati saat-saat anak meningkat dewasa.

Kesal kerana tidak gembira dengan apa yang kita ada.

Kesal kerana terlalu banyak masa diluangkan mencari kesalahan orang lain diluar sana.

Kesal kerana tidak mencari kebenaran yang tersedia ada.

Kesal kerana ibadah disia-sia. 

Itulah antara 5 kekesalan yang sering manusia semuka.

Jom, elak kesal sebelum ia menjadi kekal lalu tiada gunanya. 

Bersama Qadisah - Gubahan Lagu

Kehidupan seorang ayah dihiasi dengan keceriaan anak-anaknya. Hari ini selepas menjemput anak saya dari sekolah, beliau memberitahu saya yang beliau baru saja menggubah sebuah lagu. Apa lagi, saya rakamkan saat-saat yang menggembirakan ini.  

 

 (Pembetulan: saya katakan flat notes tu sebenarnya bermaksud minor keys. Ayahnya pun!)

Review Bersama Sujimy (KTM Resort)

 

If you need a short getaway

When 2014 was ending I decided to take my family to KTM resort. Wasn't expecting much but was quite happy with the place. Check out my review. 

Have a fantastic year ahead!

Selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. pada hari ini yang bersamaan 12 Rabiulawal 1436 Hijriah.

 

Siri ketiga Bongkar

Kami sudahpun di pertengahan penggambaran siri terbaru Bongkar. Kali ini kami memaparkan kisah-kisah korporat dan individu yang serong kelakuannya. 

Bila ada syarikat atau individu yang mula menipu, apakah hak anda? Apakah yang boleh anda lakukan? Siri ini akan disiarkan hujung bulan disember 2014 ini.  

image.jpg

Di sebalik tabir Selamat Pagi SG bahagian 2

Hanya tinggal sehari sebelum Selamat Pagi SG ke udara setelah lebih sedekad menghilang.

MIPCOM membuka mata saya kepada perniagaan televisyen antarabangsa

Pertama kali saya ke MIPCOM (Cannes, France) adalah pada tahun 1998. Saya ke sana setahun sebelum saya menubuhkan syarikat ScreenBox.

MIPCOM boleh dikatakan sebuah pertemuan besar-besaran antara stesen TV, penerbit, penulis dan sesiapa saja yang ingin berjual-beli dalam arena televisyen. Sebelum itu saya tidak tahu bahawa acara sebegini wujud untuk pemain industri televisyen.

Di sini saya pelajari kita boleh:

1. menjual idea rancangan TV kita kepada sesiapa saja atau mana-mana stesen di dunia ini

2. mendapatkan dana untuk penerbitan TV

3. bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menerbitkan rancangan TV anda

4. menjual rancangan TV anda yang sudah tersedia

5. mencari pengedar antarabangsa untuk rancangan TV anda

... dan banyak lagi!

Saya dapat melihat bagaimana pihak antarabangsa membuat 'deal' untuk berjual-beli rancangan. Saya juga didedahkan kepada segala aspek perniagaan TV yang boleh dilaksanakan di arena antarabangsa.

Cukup memberi ilmu. Alhamdulillah.

Bila saya pulang ke Singapura, ia menjadi landasan kepada perancangan saya untuk menubuhkan syarikat ScreenBox. Saya kembali mengambil bahagian dalam MIPCOM seberapa boleh. Alhamdulillah, menerusi pertemuan pengedar antarabangsa di MIPCOM,   rancangan kami sudah pun diedarkan ke hampir 20 negara di seluruh dunia.

Jadi kepada sesiapa saja yang ingin mengembangkan perniagaan TV mereka, haruslah ke MIPCOM - ia boleh mengubah pandangan kita tentang dunia televisyen.

Selamat maju jaya semuanya!